Tahun ini seorang anakku akan mengambil UPSR dan PMR. Aku harap mereka dapat menjawap peperiksaan ini dengan baik. Esok anak ku yang akan ambil UPSR akan bermulalah peperiksaannya. Aku sangat kagum dengan kesungguhan guru-guru sekolahnya memberi kelas tambahan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan ini. Sejak dari awal tahun lagi sudah bermula kelas tersebut pada setiap hari kecuali hari Rabu disebabkan ada kokurikulum. Hari lain dari Isnin hingga Jumaat dibuat kelas tambahan dari pukul 2 hingga 4 petang.
Selamat Datang
Isnin, 12 September 2011
Rabu, 7 September 2011
Hari Raya tahun ...
Dah seminggu lebih hari raya aidlfitri berlalu. Ada diantara kawan aku yang dah raya untuk puasa enam syawal. Aku baru nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batinpada semua yang kenal aku. Lama dah aku tak sempat tulis entri baru. Maklumlah sibuk sekarang ni dengan sence of urgency. Sebelum raya sibuk pemantauan dibuat oleh PPD dan JPN. Banyak sekolah dah dipantau nak tengok program sence of urgency samada berjalan atau tidak. Jadi smua sekolah sibuklah dengan program masing-masing untuk murid-murid UPSR,PMR dan SPM.
Isnin, 18 Julai 2011
Bersih..bersih...bersih
Hari ni dah 18 Julai..dah seminggu lebih himpunan Bersih 2.0 berlalu tapi masih ramai lagi orang memperkatakan kesan himpunan tersebut. Antaranya ialah tentang roadblock yang dibaut oleh pihak Polis di tempat aku. Dua minggu sebelim himpunan tu, polis dah buat roadblock di jalan-jalanraya samada jalan persekutuan ke atau jalan negeri sehinggakan ia amat mengganggu kelicinan perjalanan lalu lintas. Bagaikan negara seolah-olah dilanda huru hara yang hebat dan dasyat bila melihat keadaan polis yang mengawal ketat perjalanan lalulintas pada masa tersebut.
Selasa, 12 Julai 2011
Sumbangan Persaraan Pengetua.
Hari ini sekolah aku heboh sebab dapat satu surat minta sumbangan setiap guru RM10 untuk majlis persaraan seorang Pengetua di daerah aku. Surat tu minta semua cikgu sumbang RM 10. Kalau sekolah aku guru ada lebih kurang 50 orang, jadi RM500 boleh dapat. Jika dalam daerah ni ada 1000 orang dapatlah 50 ribu. Mudah sungguhlah nak cari duit dan inilah yang dikatakan sesuatu yang luarbiasa kerana selama ini kalau pengetua atau guru bersara tak pernah minta duit pada semua orang kecuali guru dan kakitangan sekolah berkenaan sahaja.
Rabu, 6 Julai 2011
Tiada Cuti Hari Sabtu
Baru tadi aku dimaklumkan bahawa cuti ganti larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia ditukar dari esok Jumaat 8 Julai ke hari Isnin 11 Julai 2011. Sebabnya tak bagi guru-guru terlibat dengan perhimpunan Haram Bersih. Kalau cuti hari Jumaat, ramailah cikgu boleh pergi ke perhimpunan tu sebab biasanya kalau jumaat cuti, hari sabtu pun kena cuti kerana masa nilah ada peluang cikgu-cikgu balik kampung ziarah ibu bapa dan sebagainya.
Kebajikan guru
Hari ni ramai kawan-kawan aku merungut-rungut tentang kerja yang terpaksa dihadiri pada setiap hari sabtu. Dahlah cuti pertengahan tahun baru-baru ni hanya dapat seminggu sahaja sebab wajib kena buat kelas tambahan pada murid. Jadi kalau nak kira cuti, dah tak macam dulu. Guru dulu banyak cutinya. Tapi kini tak macam tu. Cuti pun kena sekolah dan buat kelas tambahan supaya prestasi peperiksaan murid akan bertambah baik. Inilah yang dikatakan pendidikan masih lagi berorientasikan peperiksaan.
Isnin, 4 Julai 2011
TITAH YANG DIPERTUAN AGUNG
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Langgan:
Catatan (Atom)
