Selamat Datang

Selasa, 12 Julai 2011

Sumbangan Persaraan Pengetua.

Hari ini sekolah aku heboh sebab dapat satu surat minta sumbangan setiap guru RM10 untuk majlis persaraan seorang Pengetua di daerah aku. Surat tu minta semua cikgu sumbang RM 10. Kalau sekolah aku guru ada lebih kurang 50 orang, jadi RM500 boleh dapat. Jika dalam daerah ni ada 1000 orang dapatlah 50 ribu. Mudah sungguhlah nak cari duit dan inilah yang dikatakan sesuatu yang luarbiasa kerana selama ini kalau pengetua atau guru bersara tak pernah minta duit pada semua orang kecuali guru dan kakitangan sekolah berkenaan sahaja.



Barangkali ini yang dikatakan kepimpinan melalui tauladan. Pengarah Pelajaran minta semua pengetua-pengetua melakukan sesuatu yang luarbiasa. Sekolah aku pun dah buat macam-macam yang luarbiasa. Dulu kalau mesyuarat hanya satu agenda saja. Tapi sekarang ni, mesyuarat mula sekurang-kurangya tiga dalam satu atau empat dalam satu. Maknanya kalau buat mesyuarat banyak bahagiannya. Mulanya mesyuarat guru, sambung mesyuarat kurikulum, sambung mesyuarat kokurikulum dan sebagainya.

Paling lewat meyuarat habis dalam pukul Tiga setengah bila mula mesyuarat pukul satu. Ada sekolah lain pula tiap-tiap hari mesyuarat balik pukul enam petang. Guru-guru ramai yang tension dah. Mesyuarat punya pasal, sembahyang pun dah lewat. Kalau mesyuarat pukul satu, zohor belum masuk lagi. Jadi bila habis pukul tiga setengah, sembahyang pun dah hujung waktu. Itu pun bagi yang rajin sembahyang dan tahu kewajipan pada Tuhannya. Tapi yang jenis sekejab sembahyang sekejap tidak tu , qadalah jawabnya. Banyaklah alasan. Kena balik dululah, seluar tak bersihlah, sembahyang kat rumahlah.

Kalau sempat sembahyang zohor, mesyuarat habis pukul enam setengah pula, dah sembahyang Asar dihujung waktu pula. Kalau yang tunggu untuk balik dulu, rumah jauh sikit dari sekolah dan jalan sibuk, tak sembahyanglah jawabnya. Kalau keadaan macam ni, sapa nak tanggung dosa mereka. Memanglah mereka kena tanggung sendiri, tapi kenapa perkara itu berlaku. Sudah tentulah sebabnya mesyuarat habis lewat. Jadi orang yang berkuasa juga mendapat sahamnya.

Dalam hadis ada disebut, setiap pemimpin akan ditanya apa yang dipimpinnya. Kalau kepimpinannya tak baik maka dia juga akan menanggung dosa orang bawahannya.Sebab tu bila jadi pemimpin seperti pengetua, PPD, Pengarah, Menteri kena insaf betul-betul tentang tanggungan di hari akhirat kelak. Kalau apa yang kita arahkan tu bertentangan dengan hukum Allah, maka dosanya akan kita terima. Kita jangan jadi orang yang zalim. Barang siap yang berbuat zalim, maka doa orang yang kena zalim itu tiada hijab di sisi Allah dan Allah akan balas serta merta.

Sebab tu jangan rasa bila kita ada kuasa, kita boleh gertak, ugut dan sombong dengan jawatan yang Allah kurniakan hanya sementara saja. Ingatlah jawatan itu tak kekal dan bila-bila Allah boleh tarik balik dengan berbagai cara yang tidak disangka. Aku ingat lagi kawan aku cakap. Dulu ada seorang Pegawai di PPD yang bertugas menempatkan guru-guru di sekolah. Bila ada guru yang datang berjumpa nak minta tukar dan sebagainya dia tak layan. Bukan tu saja sombong pula dan tak boleh berunding langsung. Kalau cikgu baru datang minta tolong uruskan penempatan jangan harap dapat layanan yang baik. kadang-kadang dapat malu ada dengan sindiran-sindiran yang memedihkan telinga untuk didengar. Bila pencen dimaklumkan tak ada siapa yang peduli denga dia. Jadi kera sumbang. Sedihnya tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia. Dulu masa ada kuasa, ada jawatan ramai kawan keliling pinggang terutama yang suka bodek atau kroni. Pernah suatu ketika beberapa orang yang kenal dia sedang minum di sebuah kedai kopi. Bila dia masuk dan nak join sekali, semua orang keluar dengan alasan masing-masing ada hal. Tinggallah dia di situ terpingga-pingga. Sedih kalau hidup dah jadi macam tu.

Masa ada kuasa dan ada jawatan, jangan beri tekanan sangat pada orang bawahan. Kalau beri arahan tu, jangan sampai memalukan orang lain. Semua orang ada maruah. Kalau nak tegur pun berpada-padalah. Jangan ingat kita ada kuasa dan tak ada siapa boleh memalukan kita. Belum jumpa buku dengan ruas tak apalah. Tapi kalau jumpa, mana nak letak maruah kita. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Ada yang lebih dan maha hebat dari kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...