Selamat Datang

Rabu, 6 Julai 2011

Tiada Cuti Hari Sabtu

Baru tadi aku dimaklumkan bahawa cuti ganti larian 1 murid 1 sukan 1 Malaysia ditukar dari esok Jumaat 8 Julai ke hari Isnin 11 Julai 2011. Sebabnya  tak bagi guru-guru terlibat dengan perhimpunan Haram Bersih. Kalau cuti hari Jumaat, ramailah cikgu boleh pergi ke perhimpunan tu sebab biasanya kalau jumaat cuti, hari sabtu pun kena cuti kerana masa nilah ada peluang cikgu-cikgu balik kampung ziarah ibu bapa dan sebagainya.



Tapi bila jumaat bersekolah, masa cuti tu dah tiga dua hari saja. Itu pun jika sekolah tak buat program. Selalunya ada sajalah program sekolah kalau tak cuti hari jumaat. Semalam aku sempat tengok arahan pekeliling cuti ganti ditetapkan pada hari Jumaat 8 Julai. Tiba-tiba hari ni dibatalkan dan diubah ke hari Isnin atas arahan Pengarah. Alasannya macam aku sebut di atas.

Pada aku kalau nak ubah pun buatlah pada hari lain bukannya pada hari Isnin kalau alasan nak halang cikgu-cikgu ikut serta perhimpunan tu. Sebabnya ialah jika guru-guru tu nak pergi, dia akan pergi juga tak kira samada cuti ke tak cuti ke? Jadi bila ubah cuti hari Isnin lagi seronok mereka sebab perhimpunan tu hari Sabtu dan mereka yang jauh tu akan balik hari ahad dan hari Isnin bolehlah berehat di rumah dengan senang- lenang. Jadi rasional ubah cuti tu tak berkesan. kalau hari Jumaat cuti tak mungkin mereka nak pergi hari tu sebab nak berhimpun petang sabtu. Malam Ahad merka dah kena balik. Isnin dah kerja jadi mungkin penat dan letih tak habis lagi.

 Pada akulah macam entri sebelum ni, guru-guru ni dah tak ada cuti hari Sabtu walaupun NUTP kata Hari Sabtu minggu pertama dan ketiga sekolah tak boleh buat program. Mana ada sekolah yang ikut. Contohnya sekolah aku ni. Lepas saja cuti pertengahan tahun, setiap hari Sabtu kena sekolah. Ada saja program yang kena ikut. Sabtu lepas cuti, kami ada sukan olahraga yang telah ditetapkan buat hanya selepas bulan Mei. Jadi kami buat pada hari Sabtu 18 Jun. Lepas tu ada pula program Paintethon untuk kutip duit bagi PIBG nak jaga kebajikan murid dan sekolah pada 25 Jun. Sabtu 2 Julai pula ada larian satu murid satu sukan satu malaysia. 9 Julai ni ada LADAP pula sebab hari Jumaat tak cuti. Minggu depan Sabtu 16 Julai dimaklumkan ada pula Pelancaran Bulan Kecergasan. Hai nampaknya tak ada cutilah bagi cikgu-cikgu sekolah aku.

 Banding dengan kawan-kawan aku kerja ofis, tiap-tiap minggu ada cuti Sabtu dan ahad. Seronok tengok mereka dapat bercuti bawa anak-anak berkelah ataupun berziarah ke rumah sanak saudara. Kami cikgu ni tak boleh macam tu. Hanya ada hari Ahad sahaja. Dahlah tu hari Ahad tulah nak buat pengurusan keluarga. Nak basuh bajulah, nak ironlah, nak tengok pelajaran anaklah. jadi kadang-kadang tak sempat nak berehat pun. Begitulah nasib cikgu siapa yang peduli?Menteri? Pengarah? Pegawai PPD?Pengetua? NUTP?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...