Selamat Datang

Isnin, 18 Julai 2011

Bersih..bersih...bersih


Hari ni dah 18 Julai..dah seminggu lebih himpunan Bersih 2.0 berlalu tapi masih ramai lagi orang memperkatakan kesan himpunan tersebut. Antaranya ialah tentang roadblock yang dibaut oleh pihak Polis di tempat aku. Dua minggu sebelim himpunan tu, polis dah buat roadblock di jalan-jalanraya samada jalan persekutuan ke atau jalan negeri sehinggakan ia amat mengganggu kelicinan perjalanan lalu lintas. Bagaikan negara seolah-olah dilanda huru hara yang hebat dan dasyat bila melihat keadaan polis yang mengawal ketat perjalanan lalulintas pada masa tersebut.



Sedangkan tiada apa-apa yang perlu dikuatiri dan ditakuti, apabila melihat suasana hidup yang aman dan sejahtera di kalangan rakyat jelata. Apa yang berlaku akibat sekatan polis dijalan-jalanraya tersebut ialah kesesakan dan lambatnya perjalanan kenderaan sehinggakan menyusahkan orang ramai  sahaja dalam menjalankan urusan masing-masing seperti hendak ke tempat kerja, menghantar anak-anak ke sekolah, balik ke rumah dan sebagainya. Ramai kawan aku yang mula bengang kepada pihak polis yang menjalankan tugas di sana.

Aku kata tak boleh marah kat polis sebab mereka ni hanya menjalankan tugas sebagaimana yang di arahkan sebagai kakitangan atau petugas keselamatan. Macam kita juga cikgu-cikgu kena buat apa yang diarahkan. Tak boleh bangkang. Cogan kata 'Saya yang menurut perintah' perlu dipatuhi..Kalau kena tugad buat sekatan seminggu..kenalah buat. Kalau setahun pun kenalah akur...nak buat macam mana...Dulu dah sign aku janji... walaupun masa pilihanraya ke 12 ramai kakitangan awam yang tak pangkah parti pemerintah sehingga berlaku tsunami politik tahun 2008.

Aku ingat lagi PRU ke 10 dulu tahun 1999, bila berlakunya perpecahan dalam UMNO, ramai orang Melayu sokong Parti Keadilan sehingga perubahan politik dimana negeri Terengganu di tawan oleh PAS. Masa tu kakitangan awam juga ramai yang tak pangkah BN. Selepas tu wujudlah AKU JANJI bagi kakitangan awam supaya memberi kesetiaan kepada kerajaan dan akhirnya dalam PRU 11, BN telah menang besar dan dapat menawan kembali negeri Terengganu. Kemenangan BN dalam PRU tersebut bukanlah disebabkan undi kakitangan awam kembali kepada mereka tetapi  dikatakan bahawa faktor utama ialah persempadanan semula kawasan pilihanraya dan bilangan pengundi hantu yang ramai terutama di negeri Terengganu.

Kawan aku dari Terengganu juga terkejut dengan keputusan PRU 11 itu bila BN dapat rampas semula. Katanya suasana semasa pilihanraya berlangsung tidak ada tanda-tanda BN boleh berkuasa kembali dan dia yakin Terengganu akan kekal ditangan PAS. Setelah melihat peratus pengundi yang keluar melebihi 80%, menjadi satu kehairanan kepadanya  dan inilah punca kekalahan PAS ketika itu.

Oleh itulah, tuntutan Bersih 2.0 ini adalah berkaitan agar demokrasi yang dijalankan ini benar-benar mengikut perkara yang sepatutnya. Janganlah SPR hanya tunduk dan patuh kepada kehendak BN sahaja jikalau ia benar-benar sebuah badan yang bebas.  Kehendak rakyat mestilah diambilkira sebagaimana yang dituntut oleh Bersih. Bersih adalah gabungan 62 pertubuhan bukan Kerajaan NGO yang mewakili rakyat Malaysia. SPR sebagai badan bebas hendaklah melaksanakan amanah rakyat dengan seadil-adilnya.

Pada aku, apa pun SPR kena buat kerja dengan jujur dan penuh bertanggungjawab. Perbaiki dan terimalah kelemahan-kelemahan yang wujud dan janganlah terlalu angkuh dengan kedudukan yang ada sekarang ini. Rakyat semakin cerdik dengan pendidikan yang diterima oleh mereka terutamanya golongan muda yang boleh membuat penilaian antara yang baik atau buruk, betul atau salah, benar atau bohong. Jangan ingat rakyat mudah boleh diperbodohkan begitu saja kata kawan aku tu..

Tunggulah masa piliharaya ke 13 nanti. Sekarang ni ramai pengundi-pengundi senyap menunggu masa sahaja. Mereka sudah muak dengan keadaan sekarang ni. Masa berubah sudah tiba agaknya satu perubahan yang besar berlaku dalam negara ini. Sama- samalah kita tunggu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...