Selamat Datang

Rabu, 7 September 2011

Hari Raya tahun ...

Dah seminggu lebih hari raya aidlfitri berlalu. Ada diantara kawan aku yang dah raya untuk puasa enam syawal. Aku baru nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batinpada semua yang kenal aku. Lama dah aku tak sempat tulis entri baru. Maklumlah sibuk sekarang ni dengan sence of urgency. Sebelum raya sibuk pemantauan dibuat oleh PPD dan JPN. Banyak sekolah dah dipantau nak tengok program sence of urgency samada berjalan atau tidak. Jadi smua sekolah sibuklah dengan program masing-masing untuk murid-murid UPSR,PMR dan SPM.




Sekolah aku pun macam tu jugalah dengan programnya. Untuk PMR setiap sabtu ada kelas tambahan khas untuk sence of urgency dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari macam sekolah biasa selama empat minggu berturut-turut sehingga PMR nanti. Peperiksaan akan dijalankan pada 4 Oktober 2011. Jadi cikgu-cikgu kena pulunlah sebab nak dapat TOP five...

Bila buka sekolah lepas cuti raya ni ada lagi program 1 murid 1sukan yang dijalankan pada setiap hari jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. Program ini juga arahan dari JPN wajib dilaksanakan. Aku pun tak taulah apa yang difikirkan oleh Menteri,KPM,JPN tentang program ni yang nak dilaksanakan dalam suasana sibuk dengan peperiksaan yang semakin hampir. kalau dulu masa ni tengah tumpu perhatian pada peperiksaan tapi nampaknya bukan itu sahaja sukan juga kena utamakan. Bukan saja guru yang tension, pelajar juga tension. Pagi ambil peperiksaan percubaan SPM, petang nak mai sekolah untuk hadir program sukan pula...

Kawan aku kata, jadi cikgu ni terpaksalah berkorban banyak tak macam kerja lain. Dulu orang kata jadi cikgulah yang paling senang sekali. Cuti banyak dalam setahun ada lebih 50 hari cuti. Mengajar pula hanya sampai pukul 2.30 petang sahaja. Itu kata depa yang tak jadi cikgu....Kalau dia jadi guru barulah dia tau...dia ingat senang macam tu ke?

Bila jadi guru ni masa kerjanya yang rasmi dah tetap iaitu 7.20pagi sampai pukul 2.30petang setiap hari Isnin sampai Jumaat. Hari Rabu atau Sabtu ada program Kokurikulum pula. Biasanya dari jam 8 pagi hingga 10.30pagi. Kalau tak ada koku ada LADAP pula dari pukul 8 sampai pukul 1 tengahari. Jadi kadang-kadang cikgu pada hari Sabtu dah tak ada cuti tak macam kerja pejabat setiap hari Sabtu tentu dah cuti... Jadi kerja cikgu ni lebih dari 9 jam sehari. Boleh kira sendirilah  berapa jam kerja sehari..

Itu pun tak kira lagi kerja pada hari Sabtu dan kena mai petang lagi. Jadi cuti setahun lebih 50 hari tu dah jadi sedikit dan hampir samalah dengan kerja pejabat tu yang cuti tahunan 35 hari setahun. Mana lebihnya jadi cikgu ... Tentang kerja pula, cikgu terpaksa bawa balik kerja ke rumah. Setiap hari kena buat rancangan P&P dan periksa latihan murid-murid. Bukan tu saja kerja-kerja perkeranian juga satu bebanan yang terpaksa dipikul oleh guru setiap hari. Pendek kata kerja cikgu sekarang ni bukan senang... sebab tulah anak-anak aku pun tak minat jadi cikgu macam ibu-bapanya... walaupun kerja guru itu suatu yang amat mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...