Selamat Datang

Isnin, 12 September 2011

Esok UPSR bermula...

Tahun ini seorang anakku akan mengambil UPSR dan PMR. Aku harap mereka dapat menjawap peperiksaan ini dengan baik. Esok anak ku yang akan ambil UPSR akan bermulalah peperiksaannya. Aku sangat kagum dengan kesungguhan guru-guru sekolahnya memberi kelas tambahan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan ini. Sejak dari awal tahun lagi sudah bermula kelas tersebut pada setiap hari kecuali hari Rabu disebabkan ada kokurikulum. Hari lain dari Isnin hingga Jumaat dibuat kelas tambahan dari pukul 2 hingga 4 petang.



Bukan itu sahaja, cuti penggal dan pertengahan penggal juga dibuat kelas tambahan ini. Malahan beberapa guru juga sanggup membuat kelas tambahan diwaktu malam dengan mengenakan sedikit bayaran. Begitulah kesungguhan guru-guru dalam memberi yang terbaik buat murid-muridnya. Namun begitu, semuanya terletak kepada murid itu sendiri untuk mencapai kejayaan. Guru hanya dapat mengajar dan membimbing sahaja, merekalah yang perlu berusaha untuk berjaya.

Anak ku ni sederhana sahaja dari segi pelajarannya. Jadi harapan aku agar dia dapat buat yang terbaik untuknya sahaja. Dalam ramai anak-anak aku, aku dapat lihat perbezaan masing-masing. Semuanya tak sama dari segi sikap, kesungguhan, perlakuan dan sebagainya. Ada yang cemerlang dan ada yang sederhana sahaja dalam pencapaian tak kira dalam bidang apa pun samada dari segi akademik atau sahsiah dan lainnya. Pada aku dan isteri, kami didik mereka dengan cara yang sama tetapi hasilnya berbeza. Sebab itu dalam pendidikan, kita tak boleh didik anak-anak murid kita dengan satu kaedah sahaja. Kepelbagaian mestilah dilakukan kerana mereka in sebenarnya mempunyai perbezaan antara satu sama lain.

Anak aku yang cemerlang dapat dilihat sejak kecil lagi dari segi tingkahlaku dan kesunguhanya dalam semua bidang. manakala yang sederhana dapat juga dilihat watak mereka sejak kecil lagi. Alhamdulillah setakat ni tak adalah yang lemah sangat. Kadang-kadang guru sekolah anak-anak aku pun hairan dengan keadaan mereka. Bila ada perjumpaan dengan ibubapa dihari pertemuan dengan waris, pertanyaan yang selalu dikemukakan ialah mengapa anak ini lebih pandai dari yang ini. Aku pun tak tau nak jawab. Cuma aku selalu kata yang ni lebih rajin sikit dari yang itu.

Walauapapun, aku dan isteri bersyukurlah dengan pencapaian anak-anakku setakat ni. Dua orang dah berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi. Yang dua orang lagi tinggal diasrama. Tinggal tiga sahaja bersama kami diperingkat sekolah rendah. Semua yang Allah kurniakan itu ada hikmahnya.Aku harap agar Allah mudahkan kepada anakku yang akan mengambil UPSR esok hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...