Selamat Datang

Selasa, 13 September 2011

Baju Koporat....

Hari ini dapat berita di sekolah dah tak boleh pakai baju koporat sebab bukan baju rasmi bekerja. Tapi Pengetua masih belum umumkan. cuma dapat tahu dari kawan-kawan yang dah diberi makluman oleh Pengetuanya.  Baju pun jadi isu... Apa rasionalnya tak bagi cikgu pakai baju koporat tu...



Kawan aku kata depa cemburu sebab baju yang dibuat oleh guru-guru di sekolah lebih hebat dan bergaya berbanding dengan yang depa buat. Sebab tu tak nak benarkan pakai ke sekolah. Tak kan sebab tu kut ... tak rasional langsung. Salah kah pakai baju koporat pi sekolah? Murid-murid pun suka bila tengok guru-gurunya pakai baju tu.. Katanya cikgu nampak cantik, handsome dan sebagainya.

Guru-guru pun pakai cuma hari Rabu sahaja, bukanya hari-hari...Kalau murid-murid diminta memakai pakaian seragam uniform masing-masing pada hari Rabu, tak apalah jika guru-guru nak pakai baju koporat... Dulu ada ada arahan bahawa guru juga kena pakai uniform mengikut pasukan uniform yang dia jadi guru penasihat. Kalau tak pegang mana-mana pasukan uniform, mesti pakai baju Kadet Remaja Sekolah. Apa yang dipertikaiakan bahawa baju seragam uniform Kadet Remaja tu mahal. Dikatakan harganya mencecah RM300 sepasang. Jika dibandingkan dengan baju koporat cuma RM50-RM 60 sahaja.

Tambahan pula bila baju dibuat untuk semua staff sekolah lagi dapat murah sedikit. Asalnya baju tu dibuat untuk dipakai pada setiap acara peristiwa di sekolah. Tapi banyak mana acara tu, mungkin dalam 2 atau 3kali saja setahun. Jadi tak berbaloilah nak pakai. Oleh itu sesuailah jika dipakai sekali seminggu pada hari Rabu..

 Kalau tengok dari segi keadaan baju tu, taklah teruk sangat berbanding ada setengah cikgu yang datang bekerja pakai seluar yang hampir sama dengan seluar jeans. Cuma warnanya saja tak sama. Sesetengahnya pakai baju yang tak sesuai dengan keadaan persekolahan terutamanya yang bukan Islam. Ini semuanya boleh kita lihat di sesetengah sekolah. Tak ada yang tegur pun.. Walaupun ada pekeliling berpakaian rasmi bekerja yang telah dikeluarkan oleh KPM. Pada aku ini masalah yang remeh temeh. Banyak lagi perkara yang utama yang perlu diberi perhatian oleh orang atasan. Tak kanlah pasai pakaian ni pun jadi isu.... Memang tak ada wawasan jadi pemimpin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...