Selamat Datang

Selasa, 20 Mac 2012

Guru tak ada kuasa bentuk disiplin pelajar

Salmiyah Harun, 20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Disiplin pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian Pelajaran.

Ahli Parlimen Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) berkata, guru tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menghukum pelajar walapun mereka melakukan kesalahan.

"Banyak perkara guru tidak boleh tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah atau jeling pun tidak boleh,"katanya dalam perbahasan menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, peraturan melarang guru bertindak sedemikian ini dikemukakan oleh kementerian.

Sepatutnya, kata Firdaus, kementerian perlu mendapat pandangan daripada guru-guru bagaimana tindakan yang perlu dilakukan untuk mengawal disiplin pelajar.

Sukan Daerah....

Minggu ini sekolah aku jadi pengelola sukan balapan dan padang daerah. Persiapan untuk kejohanan dibuat sejak tahun lalu sebelum cuti bulan Disember lagi. Perancangan bagi persediaan kejohanan itu memang banyak memakan kos dan perbelanjaaan. Namum sedihnya semua kos dan perbelanjaan itu banyak dikeluarkan melalui poket sendiri sebab tak ada peruntukan. Bolehlah dapat sponsor dan derma dari beberapa syarikat perniagaan dan orang politik  tapi hanya mencukupi perbelanjaan asas sahaja.

Perjalanan dan makan minum guru yang terlibat menyiapkan persediaan kena tanggung sendiri. Siapa yang nak bagi? Namun begitu, oleh kerana kejohanan ini wajib dibuat setiap tahun terpaksalah guru berkorban untuk menyediakan dan menyiapkan kelengkapan dan alatan serta tempat kejohanan dengan sesempurna mungkin. Penyediaan prasarana kejohanan ini telah dibuat dalam jangka masa yang lama sebab hari hujan. Air yang bertakung tidak sesuai untuk dibuat lane balapan. Tanah dan pasir terpaksa ditambak untuk mengelakan padang menjadi sawah apabila kejohanan dibuat.

Sabtu, 10 Mac 2012

480,000 guru bakal nikmati pelarasan gaji, kenaikan pangkat

2012/03/10

KULAIJAYA: Seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara 'time based' yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Sabtu, 3 Mac 2012

Guru terpaksa pura-pura sokong Barisan Nasional



03 Mac 2012
APABILA ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat. Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum.


Sikap Najib yang teragak-agak untuk mengumumkan tarikh pilihanraya juga menunjukkan betapa lemahnya beliau di dalam membuat keputusan. Ternyata Rosmah jauh lebih bijak membuat keputusan berbanding pemimpin lemah seperti Najib.
Bilakah sebenarnya PRU13 akan diadakan? Tentu sekali Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja beliau yakin bahawa Barisan Nasional akan menang besar dalam PRU13.

Cikgu kena sambut anak murid setiap hari.....

Hari ni aku dibagi tau bahawa Hari Isnin depan  ada pemantauan dari PPD nak mai sekolah tengok perlaksanaan program guru sambut anak murid ke sekolah supaya murid-murid ini seronok nak mai sekolah. Nampaknya beban jadi cikgu ni semakin hari semakin banyak sampai tak terpikul pulak. Dah la kerja bertimbun-timbun sampai rasanya masa yang Allah beri tu tak cukup 24 jam sehari. Kalau boleh nak tambah lagi.

Beberapa hari lepas, ada kemalangan kereta terbalik dekat dengan jalan ke sekolah aku. Dimaklumkan kemalangan itu melibatkan seorang guru. Nasib baiklah dia tak mengamalami sebarang kecederaan pun. Bila ditanya bagaimana ia boleh berlaku. Katanya ditertidur semasa memandu...mengantuk sangat sebab nak selesaikan kerja malam tu jadi terpaksa kurang tidur. Akhirnya inilah kesannya....tapi mengapalah kementerian, JPN dan PPD tidak mengambilkira hal ini. Apakah kerja mereka hanya memikirkan sesuatu yang baru dan semua perlaksanaannya  dihentak ke bahu guru-guru.

Khamis, 1 Mac 2012

Serah sahaja PIBG pada Umno


01 Mac 2012

Entahlah... dari sehari ke sehari, guru-guru di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran bagai dijadikan orang suruhan Umno. Dikerah ke sana, pergi; dikerah ke sini, pergi.

Kerahan tenaga itu dibuat tanpa mengira waktu. Kadang-kadang waktu guru-guru bercuti hujung minggu. Macam-macam bentuk arahan dikeluarkan. Paling popular adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Pernah guru-guru sekolah menengah di Selangor diberi arahan melaksanakan LDP. Tugasnya adalah menampal pelekat pada beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai sensitif dalam novel Interlok.

Interlok adalah salah satu novel dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 yang digunakan di sekolah-sekolah menengah di  Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Beberapa perkataan dalam novel itu dianggap tidak sesuai kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu dan India.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...