tag:blogger.com,1999:blog-58376178618600783032024-03-05T05:46:42.798-08:00CATATAN KEHIDUPANDiari seorang insanibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.comBlogger59125tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-36042000585420855402013-10-07T19:01:00.001-07:002013-10-07T19:01:46.070-07:00Surat terbuka untuk Menteri Pendidikan

Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib
tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan
semakin terancam.

Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan
menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi
presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu
masa untuk dimakamkan.

Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau
sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar
masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional
berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.

Itu Najib Tun Razak.

Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih
dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang
berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling
tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak
seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.

optimus prime

Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers”
yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang
makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS
(Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24
jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu
berehat.

lawak politik parlimen politik kotor

Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga
pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru?
Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk
membuatkan tekak berasa loya dan mual.

Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan
untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi
tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di
Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu
yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada
hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan,
melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan
dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti
unit beruniform (contohnya kawad kaki).

megatron

Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit
ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para
pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan
‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.

Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami
dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan
masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin
menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di
tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.

Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih,
jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan
yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.

Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’
itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus
daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang
pengajaran.

Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah
kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan
segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu),
jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.

Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat
di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah
guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas
acara sukan juga guru.

Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci
berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.

Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas
yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di
bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk
menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala
kadar.

Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan
sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di
rumah.

Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang
paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan
dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara
rawak atau ‘pakai belasah’.

Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?

Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak
diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan
pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir
Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di
sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.

Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah
menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu
bersama kroni-kroninya.

Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan
dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan
Akhir Tahun.

Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana
tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana
itulah saya tampil menulis surat ini.

Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak
melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu
mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan
dalam PBS.

Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini
sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun
telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.

Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas
melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan
mengkhianati kerajaan.

Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan
kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika
meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan
kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan
‘migrain’?

Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga
mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti
pembangkang.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah
mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad
Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan?
Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan
di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem
pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah,
renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.

Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan
oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki
kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari
dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan
meluahkan rasa tidak puas hati.

Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes
akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan
bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan
momentum protes yang lebih kencang.lawak politik najib haji

Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan
mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak
terikat dengan mana-mana pihak.

Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum
yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti
pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya
orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa
depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?

Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada
hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri
teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi
kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.

Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana
Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami,
golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.

Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan
pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran
berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk
memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke
Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:

1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?

2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?

3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?

Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan
malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS
malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui
kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat
mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’
pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.

Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk
pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini
dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.

Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya
transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan
yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem
pendidikan bukanlah bahan ujikaji.

Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS
sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di
peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak
memansuhkan PBS.

Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam
mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).

Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung
di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama.
Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian
Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti
dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.

mikin anak pun ala stless,... wa cakap sama lu... wakaka

1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu
sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga
melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1
Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk
membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka
sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada
setiap hari di sebelah petang.

2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran
boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap
tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.

3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan
guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat
saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari
aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.

4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat
dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini
sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja
mengisi data.

Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk
menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai
pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama
berulangkali untuk JPN dan PPD.

Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan.
Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana
mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah
‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari
sebelum tarikh tutup.

Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk
melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa
pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?

Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa
orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data.
Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar
dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu,
pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan
kerja mereka.

Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan
hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik
mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan
peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.

Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah
masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan
keputusan yang cemerlang untuk sekolah?

Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam
memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan
tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah
sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan
mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang
berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi
maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak
praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya
meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.

5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan
Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan
anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.

Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji
untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu
pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan
suatu sistem baru.

6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka
dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara
penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan
kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan
langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.

Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR
dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan
kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja
projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini
bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu
tahun, bagi setiap matapelajaran.

Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin
kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan
gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos
peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di
Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada
zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan
disegani oleh masyarakat.

Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir
menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk
menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa
dengan jawapan Tan Sri.

Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan
pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan
dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan
menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan
Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya
terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah
Tan Sri campakkan di atas muka kami.

Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji
bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang
dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun
2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data
untuk diisi.

Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar
guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan
Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah
dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang
baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada
kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?

Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat
melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru
dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada
masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai
tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya
tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik
dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam
pendidikan kita tidak ada pada hari ini.- Oleh Guru Kecewa Harakhdaily
BM
ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-46043223969637825242013-04-05T00:03:00.001-07:002013-04-05T00:03:03.776-07:00Sistem mengarut bebankan guru

Sebelum
ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa
khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013,
jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu
ini.

Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.

Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani
dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online.
Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod,
kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan
pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS,
SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi.

Bayangkan bukan sahaja segala maklumat
pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi, malahan guru-guru
juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah yang
menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar,
menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

Dengan
adanya sistem PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) pula, waktu tidur
bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah sampai pukul tiga pagi saya
menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lambat untuk menyediakan dan
menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap minggu sejak
PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya.

Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja
PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas, menanda,
menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana
melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.

Masalah
paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam
sistem. (160 X 216 = 34,560 data). Selepas dimasukkan dalam sistem, kami
terpaksa menggeledah fail untuk memasukkan latihan untuk semua pelajar.
Jadi bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk
menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali
menghadapi ‘internal error.’

Bukan sahaja guru-guru merasai
keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga mengatakan, “Ruginya
masuk tingkatan satu tahun ini (tahun lepas).” Mereka menunjukkan
reaksi muak apabila nampak sahaja kelibat guru. Setiap guru yang masuk
selepas sedikit penerangan, akan memberikan latihan sehingga ujian yang
mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi melebihi “input”.

Di
sekolah kami berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum,
mengisi data, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program,
menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja
terpaksa disambung sampai ke pagi.

Kami bukanlah robot. Dengan pelbagai
tugasan ini, bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk masuk
mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?

Bila ditanya tentang
PBS dan keluar di kaca televisyen, segala komentar yang diberikan nampak
positif, tetapi untuk mengetahui hakikat sebenar, turun dan lihatlah
sendiri keadaan guru-guru di sekolah yang makin tertekan.

Kami rasa benar-benar diperbodohkan
dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang disiarkan pada 20
Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru di Malaysia tahu
situasi yang sebenar adalah sebaliknya.

Kami terfikir-fikir
mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah dimansuhkan oleh
banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji dengan mendalam
sistem ini? Di negara maju PBS dilaksanakan kerana bilangan pelajar
dalam setiap kelas adalah sedikit, guru dibantu oleh “teacher assistant”
tambahan pula silibus pelajaran juga sangat sedikit dibandingkan dengan
Malaysia dan di setiap kelas ada fasiliti yang lengkap.

Saya
sebagai rakyat Malaysia sedih dengan pembaziran secara besar-besaran
dalam perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekejap mahu aplikasi sistem PPSMI, sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Ini
jugalah yang akan berlaku pada sistem PBS.

Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan berubah. Bukankah ini pembaziran namanya.

Penukaran buku teks sahaja melibatkan
perbelanjaan jutaan ringgit dan ini tidak termasuk kos-kos lain yang
lebih besar seperti kursus untuk guru-guru dan lain-lain lagi.

Kasihanilah kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru kerana kini bebanan kami bertambah lagi?

Kami juga ingin melapangkan masa bersama
anak-anak kalau bukan setiap hari pun, sekurang-kurangnya pada hujung
minggu kami ingin mengenepikan sebentar kerja-kerja yang berlambak dan
keluar makan bersama suami dan anak-anak.

Bukankah Falsafah Pendidikan Negara menekankan “berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Kami, guru-guru benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa kami lalui hari ini.

Marilah
kawan-kawan sekalian, untuk PRU kali ini kita bersatu padu tanpa
mengira bangsa, agama, budaya, latar belakang dan fahaman politik
menolak sistem pendidikan sedia ada yang menghempap guru-guru pada hari
ini.

Jangan sudah terhantuk baru terngadah, cukuplah dengan rekod
kita menjadi antara warga paling ramai mengisi ruangan wad jiwa,
marilah kita sama-sama berdoa dengan cara masing-masing agar bebanan
yang menghempap di dada kita akan terlepas dengan kejayaan parti
pembangkang.

Sampai bilakah kita harus membuat begitu banyak
kerja perkeranian, kerja pemfailan, pengisian pelbagai jenis data,
penandaan, pengisisan data dan penyusunan beratus latihan PBS, aktiviti
ko-kurikulum, majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus, mesyuarat,
penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai lagi yang
begitu banyak sehingga tidak mampu disenaraikan satu-satu.

Kita dipaksa melakukan segalanya
sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib. Kita hanya ada 24
jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas yang
dicampakkan atas kepala kita.

Marilah kita berikan peluang kepada
parti pembangkang untuk membuktikan kata-kata mereka untuk membela
nasib guru-guru. Biarlah Menteri-menteri yang cerdik pandai tahu kita
warga pendidik juga mempunyai suara dan ada masanya akan berasa letih.
Marilah kita berganding bahu menyokong parti pembangkang supaya suatu
hari nanti kerajaan pada hari ini akan buka mata kepada keperitan yang
terpaksa kita lalui saban hari.

Oleh: Mental Terbebanibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-86117932979434895462013-01-28T23:10:00.002-08:002013-01-29T00:13:41.038-08:00Musim persekolahan telah bermula 2013Dah hampir sebulan sekolah dibuka, guru-guru dan murid-murid sibuk dengan kerja masing-masing. Persediaan untuk persekolahan dibuat seminggu sebelum sekolah dibuka. Mesyuarat pertama dibuat dalam bulan Disember bagi memudahkan guru bersedia dengan RPT dan RPHnya. Disamping menyiapkan banyak kerja lain. Apabila buka sekolah P&P dapat dijalankan dengan lancar. Memang baguslah tapi kebajikan guru terabai sebenarnya.

Bila sebut tentang kebajikan guru ramai yang kata tak betul. Orang yang berkata demikian adalah orang yang tidak bekerja sebagai guru. Bagi guru-guru inilah hakikatnya yang sebenar. Mengapa? Ramai orang bersetuju bila jadi guru, banyak dapat cuti terutama bila cuti penggal persekolahan. Jumlah cutinya melebihi cuti kakitangan kerajaan yang lain yang cutinya antara 25 hari atau 35 setahun. Contohnya cuti Pengetua atau kakitanga di PPD,JPN atau KPM.

Namun begitu kerja-kerja yang terpaksa dipikul oleh guru-guru ini sangatlah membebankan. Kerja-kerja guru tidak habis dan selesai semasa di sekolah sahaja. Malah terpaksa dibawa pulang krumah untuk disiapkan. Ramai guru-guru yang mengeluh dan bersungut-sungut tentang tugasan yang banyak. Satu kajian dibuat oleh pelajar sarjana disebuah universiti menyatakan tugas P&P guru disekolah hanya 11% sahaja. Manakala 89% lagi adalah tugas yang lain termasuklah kerja-kerja perkeranian, tukang kebun, tukang buat padang, jurulatih sukan dan permainan, pemandu ke hospital dan sebagainya.

Sejak kebelakangan ini, sistem penilaian murid juga mula berubah daripada sistem peperiksaan kepada PBS. Bila bermula sahaja suatu yang baru maka beban kerja itu terpaksa ditanggung oleh guru-guru. Sibuklah guru dengan kerja-kerja baru untuk menyediakan pentaksiran berasaskan sekolah. Berbagai-bagai persediaan dan persiapan perlu dibuat oleh mereka. Rata-rata guru-guru ini mengeluh disebabkan kerja-kerja yang berterusan.

Sebelum ini penggunaan SAPS yang masih tidak sempurna infrastruktunya menjadi bebanan kepada guru-guru. Ramai guru yang terpaksa bangun ditengah malam hanya semata-mata untuk menyiapkan kemasukkan markah peperiksaan kerana ia tidak dapat dibuat disiang hari. Dahlah penat mengajar diwaktu siang, malam-malam buta pun kena bangun buat kerja. Inilah nasib guru yang tidak siap peduli baik PPD, JPN dan KPM.

Kini MMI pula diperkenalkan agar guru-guru yang keluar dari sekolah mesti menggantikan masa yang ditinggalkan atas apa juga urusan. Yang menjadi persoalan ialah adakah guru-guru tersebut keluar hanya untuk suka-suka. Ramai guru-guru terlibat dengan penganjuran sukan samada menjadi penganjur, pengadil, pembawa pelajar terpaksa keluar dari sekolah semata-mata untuk menjayakan program tersebut.Mereka keluar bukan untuk berseronok. Malah kerja dan tanggungjawab mereka sangat besar dan berat. Masa bekerja mereka melebihi waktu kerja yang sebenarnya.

Begitu juga jika mereka terlibat dengan kursus atau bengkel samada dengan JPN, LPM, PPK dan sebagainya. Sudahlah tenaga dan masa banyak dihabiskan untuk kerja-kerja yang bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir 10.30 malam. Malangnya ia tidak dihargai dan apabila pulang ke sekolah terpaksa menggantikan masa keluar itu dengan mengadakan kelas ganti dan sebagainya. Rasanya di masa akan datang tidak akan ada guru yang ingin bekerja secara sukarela lagi seperti sekarang. Barangkali KPM,PPK, LPM akan mewajibkan guru-guru untuk terlibat dalam apa jua program yang dijalankan setelah semua guru-guru menolak untuk tidak mahu meninggalkan sekolah.

Dulu disebut oleh KPPK bahawa untuk aktiviti sekolah hanya boleh dijalankan pada hari Sabtu minggu kedua dan keempat sahaja. Sabtu minggu pertama dan ketiga diberi rehat untuk guru-guru. Apa yang berlaku di sekolah saya, setiap minggu hari sabtu ada aktviti yang dijalankan. Mengapa arahan tersebut tidak dipatuhi dan dimanakah hak guru?

Nampaknya apa yang berlaku kepada guru-guru kini terus diabaikan samada oleh jabatan atau kerajaan itu sendiri. Masyarakat pendidik yang ada kini mula bosan dan muak dengan bebanan kerja yang ditanggung oleh mereka. Satu kajian dibuat secara rawak menunjukkan hampir 80% golongan pendidik mula menunjukkan sokongan kepada pembangkang. Kini pilihanraya ke 13 semakin hampir dan pengundi senyap ini akan menyatakan sokongan mereka untuk berubah. Seorang kawan menyatakan bahawa semua bebanan kerja yang diarahkan kepada guru kini adalah liabiliti kepada pemerintah sekarang. Tekanan dan bebanan kerja ini akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan pemerintah yang ada sekarang.

Ada yang menjadikannya sebagai gurauan dengan berkata 'tak apa suruh kita buat itu dan ini kerana ia sementara saja, lepas pilihanraya ni semua kerja-kerja tu dah tak ada kerana kerajaan baru yang naik, apa nak susah. Keyakinan mereka untuk mendapat kerajaan baru sangat tinggi. Ini disebabkan mereka sedar hak masa rehat mereka makin kurang, kebajikan diri tidak dijaga, masa bersama keluarga dan anak-anak makin sedikit dan sebagainya.

Oleh itu diharapkan pihak yang tertentu dapat melihat perkara-perkara tersbut sebelum terlambat. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Warga pendidik adalah golongan yang paling besar dalam komuniti kakitangan awam. Sekiranya mereka berubah nescaya kerajaan yang ada kini tidak akan dapat dipertahankan.

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-77056636473613246892012-07-10T00:59:00.003-07:002012-07-10T00:59:30.432-07:00KimoterapiAlhamdulillah setelah selamat menjalani pembedahan kansernya, isteriku kelihatan sihat sahaja. Jahitan pembedahan semakin baik dan elok. Mungkin disebabkan berhati-hati dan berpantang dalam pemakanan yang diambilnya.

Namun selepas beberapa hari, kelihatan bengkak seperti mengandungi air. Lama kelamaan satu tempat jahitan terbuka dan keluar air dengan banyaknya.

Aku membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan bahawa ia suatu yang biasa dialami oleh pesakit selepas pembedahan. Cuma ia perlu dicuci setiap hari agar tidak dijangkiti oleh kuman. Terpaksalah aku membawanya setiap hari ke hospital untuk mencuci luka.

Apabila mendapat perkhidmayan hospital kerajaan, biasalah layanan yang diberikan tidak setanding dengan hospital swasta. Perkhidmatan yang lembab dan mengambil masa yang lama menunggu.Nak kata ramai orang pun tidak walaupun kadang-kadang memang ramai orang yang datang. Masa tiada orang pun begitu servis yang diberikan. Barangkali tidak dikenakan bayaran yang banyak agaknya.

Bengkak pada pembedahan masih ada walaupun jahitan semakin sembuh.. Pemeriksaan doktor dibuat mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan dan isteriku memberitahu bengkak yang dialaminya. Doktor yang memeriksa dan masih muda itu mengatakan ia juga perkara biasa.

Kebetulan doktor pakar tiada pada hari itu, maka tidak dapat dirujuk. Lalu kami balik ke rumah tetapi pada malam itu berlaku sekali lagi air keluar dengan banyakknya dari lubang.

Aku membawa isteriku ke klinik swasta untuk pemeriksaan dan dinasihatkan untuk ke hospital bagi pemeriksaan dan rawatan selanjutnya kerana terdapat jangkitan kuman pada esoknya. Akum membawa isteriku semula ke hospital walaupun temujanji dibuat dua hari sahaja lagi dengan doktor pakar.

Apabila isteriku menunggu giliran beliau sehingga jam 12 tengahari, masih tidak dipanggil namanya sedangkan pesakit lain yang nombornya lebih lewat telah selesai dan pulang ke rumah. Rupanya fail isteriku tidak dijumpai.

Setelah dicari dimaklumkan seorang doktor pelatihntelah membawa pulang ke rumah untuk membuat kajian kononnya. Doktor yang memeriksa isteriku memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Doktor yang memeriksa itu juga terkejut dengan keadaan isteriku kerana katanya sepatutnya rawatan telah dibuat untuk mengeluarkan air yang berkumpul yang disebut sebagai 'serama' dengan cara menyedut keluar tetapi tidak dilakukan oleh doktor yang memeriksa dalam temujanji sebelumnya. Inilah sikap doktor-doktor muda sekarang ini yang membuat kerja sambil lewa dan tidak mahu merujuk kepada mereka yang lebih senior dan berpengalaman.

Setelah berjumpa dengn doktor pakar, isteriku dinasihatkan untuk menjalani kimoterapi. Aku menghantar isteriku masuk wad semalam. Harapan dan doaku agar dia tabah dengan apa yang dihadapinya. Barangkali inilah ujian dari Allah dan kafarat untuk menghapuskan dosa-dosa yang banyak ini....

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-59059878929591811242012-06-03T17:18:00.000-07:002012-06-03T17:18:04.081-07:00Pembedahan isteriku...Hari ini isteriku akan menjalani pembedahannya. Doktor menyatakan bahawa pembedahan ini sangat penting kerana penyakit kanser yang dihadapinya baru sampai ke peringkat tahap satu. Peluang untuk sembuh sangat tinggi melalui pembedahan doktor tersebut.

Semasa keputusan ujian tisu yang dimaklumkan bahawa disahkan adanya kanser di tahap satu, doktor pakar tersebut telah memberi gambaran kepada kami tentang kebanyakkan guru yang mengalami penyakit ini enggan menjalani pembedahan secara moden. Mereka ini mahu mengubati penyakit kansernya secara tradisional atau berubat kampung. Menurut doktor tersebut, walaupun peluang untuk sembuh sangat baik melalui pembedahan tetapi mereka enggan dan akhirnya apabila penyakit itu merebak ke tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi barulah dibawa ke perubatan moden.

Doktor tersebut merasa ganjil dengan sikap yang ada kepada guru-guru yang dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi. Kalau orang kampung tak dapat menerima nasihat doktor pakar seperti ini tidaklah pelik kerana asas pendidikan mereka yang agak rendah. Kebanyakkan yang mendapat penyakit kanser ini adalah dikalangan guru-guru. Rata-rata yang datang menjalani rawatan tersebut ialah guru.

Apakah bebanan kerja yang tinggi dan tekanan yang berterusan menyebabkan ramai dikalangan guru terutamanya wanita yang mendapat penyakit tersebut. Ia masih lagi di peringkat kajian oleh pakar perubatan. Namun begitu di dapati hampir 70 peratus pesakit yang mendapat kanser payu dara adalah di kalangan guru-guru.

Aku berdoa semoga pemebdahan isteriku berjalan lancar dan selamat hendaknya. Amin...

Oleh itu diharapkan agar guru-guru wanita supaya dapat menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan mereka. Kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan suasana yang menyeronokan. Jangan sampai timbul stress semasa bekerja. Barangkali inilah di antara punca-punca penyakit tersebut kata doktor pakar tersebut.ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-60501828452795363082012-05-13T03:31:00.004-07:002012-05-13T03:31:33.325-07:00BERSIH3.0: Surat daripada seorang guru kepada pengetua

Tuan Pengetua,

Mesyuarat
tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon
cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri
mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah
mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga
tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah
memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak
mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya
secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya
akan mengakui secara jujur.Tuan
pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang
permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak
akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan
peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah
suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai
keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada
saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung
diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu.
Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa
itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan
mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

Tuan
Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang
sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah.
Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan
sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada
hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang
lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air
berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya
takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan
BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti
saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda
tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya
keputusan ini untuk diri saya.

Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...

Saya
tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah
kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang
menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu
menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa
cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh
Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah
keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi
saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin
dirobohkan.

Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku,
berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta
kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini
negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang
tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak
peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat
berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang
bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas,
"Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun
sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih,
barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya
tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.

Tuan
pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar
semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari
Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan
agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang
bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti.
Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti
sedemikian.

Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat
berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang
apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka
daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar
di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat
diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang
hayat mereka.

Saya
berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain,
menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang
bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang
dilakukan pengetua sekolah lain.

Saya lebih berharap anda
mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar
untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah
ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan
Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi
yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut
sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf,
menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap
jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan
raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat -
mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...

Tuan
pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya.
Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali
ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir
kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti
saya.

*Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis.

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-38519827982408727642012-05-01T07:00:00.002-07:002012-05-01T07:00:14.981-07:00GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai...
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

-> Time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE.. buat garisan padang... buat
persiapan padang... buat kertas kerja... jadi
PBSM tengah padang... bila murid kalah,
cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak
tu pandai main...
Time budak nak bertanding apa2 acara...
cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene
kritik... cikgu x pandai ajar...
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi
PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x
pandai jaga...
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap,
cikgu ni asyik minta duit....
Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan
utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak
bagi murid tu makan....
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da
tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu
kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg
murid jer...
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari
parent... ape cikgu ajar ni???
Time persembahan hari guru.. cikgu jd
KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak
pandai buat persembahan...
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu
jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu....
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap
tak per... budak2...
Time budak wat persembahan... cikgu jd
PHOTOGRAPHER... yg ajar budak
persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik...
kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
cikgu jadi pak guard siang dan malam...
untuk pastikan anak murid sedap tidur...
cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg
kerja cikgu...
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR
MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp
sebenarnya nak kumpul dana sekolah...
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan
murid... murid hanya gelak pada hari
guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??
Time gotong royong sekolah... cikgu jd
TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid
selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk
sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga
kebersihan...
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..
kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak
sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY
SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan
tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat
surat saman dari parent... sbb jentik anak
dia...
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit
cikgu....
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu
jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak
pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...
Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi
ke???? bukan baca pown... apa kerja
korang???? cuba bagi tau skit??? Selain jaga
anak???
* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni?
dialah segala-galanya !!
I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi...

Tumpang Lalu

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-32339362296558067652012-04-19T23:49:00.000-07:002012-04-19T23:49:19.709-07:00Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

Harakahdaily,

20 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Kelab Pekerja dan Profesional Muda
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyokong penuh usaha yang akan
dilakukan oleh Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran
‘Duduk & Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Pengerusinya, Dr Ghazali Hasbullah berkata, salah satu dari lapan
tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 adalah mengukuhkan institusi
awam.

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa para penjawat awam dan institusi awam adalah nadi kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya jatuh bangunnya penjawat awam dan institusi tersebut
boleh mencerminkan kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Menurut fakta dari Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam kini mencecah 1.4 juta orang.

Dari jumlah tersebut, 42.9 peratus terdiri dari polis dan guru.

Katanya, mengikut pengalaman lepas, dua kumpulan itu mendapat nasib yang berbeza di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia diguna sewenang-wenangnya bagi
menghalang Pakatan Rakyat menyatakan hak mereka sedangkan setiap rakyat
mempunyai hak-hak tertentu dalam sebuah negara yang merdeka dan
demokrasi ini.

“DPMM menyeru Polis Diraja Malaysia agar bertindak secara profesional
dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang,
bukannya mengikut telunjuk politik kotor dari Umno BN,” katanya kepada
Harakahdaily.

Katanya lagi, guru pula penjawat awam yang selalu diugut, diarah
melakukan sesuatu di luar norma kerja harian mereka, yang mana antara
ugutan yang biasa adalah penukaran tempat kerja dan tidak naik pangkat.

“Dakwaan ini bukan kosong, malah telah berlaku kepada ramai guru yang
diarahkan bertukar 24 jam akibat dari campur tangan politik Umno BN
kerana kononnya guru-guru tersebut menyokong pembangkang,” ujarnya.

Tambahnya, Umno BN juga menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya semasa berkempen.

“Perkara sebegini kita perhatikan setiap kali pilihanraya. Kenderaan
jabatan digunakan tanpa rasa segan silu dalam kempen parti mereka.

“Lebih menyedihkan lagi para penjawat awam tertentu dipaksa turun untuk membantu kempen calon Umno BN,” katanya.

Menurutnya lagi, jika penjawat awam tersebut cuba bersuara, mereka
akan diugut untuk ditukarkan ke pendalaman dan tidak dinaikkan pangkat.

Bagi beliau, sudah sewajarnya institusi awam diperkukuhkan dan direformasi agar tiada campur tangan politik kotor pemerintah.

“Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM, sekali lagi meyatakan
sokongan dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti
tuntutan yang dibuat oleh Bersih 3.0 ini,” ujarnya.

Katanya, Kelab Pekerja dan Professional Muda DPMM juga menyeru kepada
seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta memberi sokongan yang pada
demi melihat sebuah Negara Malaysia yang benar-benar aman dan sejahtera.

“Ingatlah usaha sedikit kita ini akan memberi kesan yang besar kepada
kesejahteraan generasi anak cucu kita yang akan datang,” ujarnya.

Beliau menambah, Kelab Pekerja dan Professional muda juga ingin
menghulurkan bantuan secara professional kepada Bersih 3.0 bagi
melicinkan lagi perhimpunan yang dirancang.

“Saya juga menyeru kepada mana-mana badan professional atau individu
untuk turut serta menjadi sukarelawan pada 28 April nanti,” ujarnya
lagi.
ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-37033190465137677952012-04-03T00:56:00.002-07:002012-04-03T00:56:31.144-07:00Kandang kambing lebih baik dari sekolah ini!

http://alhusseyn51.blogspot.com,

01 Apr 2012

Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini
mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika
Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global
2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru
ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan
dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :

Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Korang fikir-fikirlah sendiri, apa jenis kualiti pendididikan
yang Mat Sembab tu cuba temberangkan kepada rakyat. Setelah 50 tahun
lebih Umno/BN mentadbir negara, masih ada sekolah macam kandang kambing
begini!ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-37608657036210215812012-04-02T07:34:00.000-07:002012-04-03T08:16:45.286-07:00Pemantauan....Seminggu saja lagi masa yang kami ada untuk buat persiapan menanti kehadiran pemantauan dari JPN ke sekolah aku. Jadi banyaklah kerja-kerja yang diarahkan untuk itu. Masing-masing sibuk dengan tugas-tugas yang perlu disiapkan sehingga ada yang tak sempat nak ke bilik air bila kerja dah banyak sangat. Katanya rugi masa pergi ke tandas. Begitulah gigihnya guru-guru bila ada pemantauan nak dibuat.

Tahun lepas, rombongan dari Nazir yang datang. Nampaknya kerap sangat sekolah aku didatangi oleh pemantauan. Nak tau apa sebabnya... kerana sekolah aku dikategorikan sebagai sekolah SPR iaitu sekolah prestasi rendah dalam PMR dan SPM berbanding dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah aku.

Bila mereka datang buat pemantauan, barulah tahu keadaan sebenarnya. Sekolah aku tu adalah sekolah bantuan modal. Jadi kelengkapan pembangunan sekolah memang dalam keadaan uzur dan tak berganti. Kalau nak ganti pun terpaksa cari kewangan sendiri. Sebab tu setiap tahun mesti ada projek PIBG untuk cari dana sekolah untuk beli kerusi meja yang patah, ganti white board yang uzur, mengecat dinding yang dah lusuh, baiki tandas yang sentiasa rosak dan sebagainya. Oleh itu setiap tahun akan adalah program seperti Jogathon, Walkathon, Jogingthon, Basikalthon, Ceriathon dan program thon-thon yang lain.

Ibu bapa dan guru-guru kena cari derma dari orang ramai untuk dana tersebut. Nak harap kerajaan ...entahlah. Cuma sejak akhir-akhir ni adalah sedikit bantuan dari orang-orang 'pemerintah'. Itu pun kerana dah dekat musim pilihanraya agaknya. kalau tidak jangan haraplah nak nampak muka. Janji dah banyak kali tapi tak tunai pun... Begitulah gaya orang politik.

Berbalik kepada kenapa sekolah aku ni jatuh ke tahap SPR adalah kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pelajar dari sekolah lain diterima masuk ke sekolah aku. Kalau yang datang tu pelajar A', bagus juga tapi semua yang masuk itu kebanyakkannya telah kena buang dari sekolah lamanya disebabkan oleh masalah disiplin atau ponteng sekolah. Malahan ramai yang tidak boleh membaca dan tidak dikehendaki oleh sekolah lama. Pengetua aku yang dulu tu pula jenis orang yang mudah terima sesiapa juga yang nak masuk ke sekolah tu.

Pening kepala aku bila mereka ini sebenarnya pelajar yang bermasalah disiplin dari sekolah lamanya. Dahlah ada problem disiplin, tak mahu belajar pula. Dalam kelas selalu buat bising dan tak mau dengar cakap cikgu sehinggakan semua cikgu bingung bila masuk ke kelas mereka. Ada guru yang makan ubat dulu sebelum masuk kelas. Kalau lapar perut pergi makan supaya kenyang. Kebanyakkan guru-guru yang terlibat mengajar kelas mereka sentiasa tertekan dengan sikap dan gelagat pelajar-pelajar ini.

Bila dikaji didapati kebanyakkan yang masuk ini, kaki gaduh, tak hadir sekolah tiga empat bulan, tak mau ikut peraturan sekolah seperti rambut panjang dan berwarna. Yang sedihnya ada satu kelas itu terdiri daripada pelajar yang tak boleh membaca langsung dan tidak tahu berbahasa melayu. Mereka tak faham bila cikgu cakap dalam bahasa melayu. Kena ada penterjemah dikalangan mereka. Sudah tentulah mereka inilah yang menyumbangkan peratus kegagalan yang tinggi dalam peperiksaan awam disekolah aku.

Yang aku sedih ialah sekolah-sekolah lain yang tak mahu pelajar ini, semuanya menghantarnya ke sekolah aku dan diluluskan oleh PPD dan JPN pula. Oleh itu sudah pastilah keputusan peperiksaan mereka baik kerana tidak ada lagi pelajar yang tidak tahu membaca dan menulis di sekolah mereka. Kami merasa seolah-olah sekolah kami tempat buangan pelajar-pelajar yang bodoh dan bermasalah disiplin. Akhirnya bila keputusan peperiksaan merosot, kami ditanya apa yang kami buat disekolah...samada oleh PPD atau JPN. Tak adillah kalau ramai pelajar yang pasti gagal dimasukkan ke sekolah kami dari sekolah-sekolah lain dan kemudian minta kami ajar mereka ini samapai lulus dan berjaya. Biarlah semua sekolah ada pelajar yang baik dan ada juga yang bermasalah. Ini tidak, pelajar yang bermasalah hantar ke sekolah kami. Lepas tu minta prestasi peperiksaan meningkat...

Pada tahun ni, dengan pengetua yang baru, beliau dah mula menghentikan permohonan masuk pelajar-pelajar yang bermasalah. Namun begitu masih ramai lagi pelajar sebegini di sekolah aku yang perlu dikawal. Mereka ini telah masuk pada tahun sebelumnya. Mungkin dalam masa dua atau tiga tahun yang akan datang, sekolah aku akan dapat meningkat prestasi kecemerlangan seperti tahun-tahun sebelumnya. Era kecemerlangan sekolah aku ini memang terserlah diperingkat daerah dan negeri dengan menggondol pelajar terbaik dari segi kualiti sejak beberapa tahun dahulu sehingga kini. Namun dari segi kuantiti saja tidak boleh dipertahankan kerana kemasukkan pelajar-pelajar yang aku sebutkan di atas yang agak ramai sehingga menjejaskan kegemilangan nama sekolah aku sejak beberapa tahun yang lalu.ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-84743525445258143212012-03-20T16:49:00.002-07:002012-03-20T16:49:49.127-07:00Guru tak ada kuasa bentuk disiplin pelajar

Salmiyah Harun,

20 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Disiplin
pelajar sekolah semakin merosot hari ini apabila para guru tidak
berupaya membentuk disiplin mereka kerana dihadkan oleh Kementerian
Pelajaran.

Ahli Parlimen Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) berkata, guru
tidak mempunyai kuasa untuk mendenda atau menghukum pelajar walapun
mereka melakukan kesalahan.

"Banyak perkara guru tidak boleh
tunaikan atau denda pelajar hatta menyuruh mereka berdiri lama dalam
bilik darjah, tarik rambut, tarik telinga, cubit, ketuk ketampi, jerkah
atau jeling pun tidak boleh,"katanya dalam perbahasan menjunjung Titah
Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, peraturan melarang guru bertindak sedemikian ini dikemukakan oleh kementerian.

Sepatutnya,
kata Firdaus, kementerian perlu mendapat pandangan daripada guru-guru
bagaimana tindakan yang perlu dilakukan untuk mengawal disiplin pelajar."Apa
pendekatan baru untuk mengawal disiplin pelajar? Bukannya terus
mengeluarkan peraturan itu, akhirnya guru tidak mampu membentuk disiplin
anak-anak," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ahmad Kasim
(PKR-Kuala Kedah) mengakui disiplin pelajar merosot ekoran kerajaan
menukar Kementerian Pendidikan kepada Pelajaran.

"Dahulu
kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan oleh kerana
dasar BN ubah jadi Kementerian Pelajaran, akhirnya guru dihadkan
mengajar sahajalah,"katanya.

Katanya, perbezaan ini menyebabkan dasar itu berubah jadi guru-guru bukan mendidik tetapi guru-guru mengajar.ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-83253705482890006062012-03-20T04:10:00.004-07:002012-03-20T04:10:55.742-07:00Sukan Daerah....Minggu ini sekolah aku jadi pengelola sukan balapan dan padang daerah. Persiapan untuk kejohanan dibuat sejak tahun lalu sebelum cuti bulan Disember lagi. Perancangan bagi persediaan kejohanan itu memang banyak memakan kos dan perbelanjaaan. Namum sedihnya semua kos dan perbelanjaan itu banyak dikeluarkan melalui poket sendiri sebab tak ada peruntukan. Bolehlah dapat sponsor dan derma dari beberapa syarikat perniagaan dan orang politik tapi hanya mencukupi perbelanjaan asas sahaja.

Perjalanan dan makan minum guru yang terlibat menyiapkan persediaan kena tanggung sendiri. Siapa yang nak bagi? Namun begitu, oleh kerana kejohanan ini wajib dibuat setiap tahun terpaksalah guru berkorban untuk menyediakan dan menyiapkan kelengkapan dan alatan serta tempat kejohanan dengan sesempurna mungkin. Penyediaan prasarana kejohanan ini telah dibuat dalam jangka masa yang lama sebab hari hujan. Air yang bertakung tidak sesuai untuk dibuat lane balapan. Tanah dan pasir terpaksa ditambak untuk mengelakan padang menjadi sawah apabila kejohanan dibuat.

Memang kesian aku tengok beberapa orang guru yang terpaksa menjadi kerbau-kerbau seperti disawah untuk membawa pasir-pasir ke dalam kawasan yang rendah dan berair. Kalau tak ditambak sudah tentulah balapan itu tidak sesuai untuk dijadikan trek larian. Dulu ada tukang kebun sekolah yang membantu membuat trek larian dan memotong rumput di padang. Sejak penggunaan pekerja swasta yang membersihkan kawasan sekolah, gurulah yang menjadi kuli batak dan paria suruhan untuk membuat kerja-kerja tersebut semacam ini.

Nak suruh pekerja swasta buat mereka cuti pada hari Sabtu dan Ahad dan kerja mereka dibuat secara kontrak. Mana boleh arah mereka buat kerja-kerja macam ni. Jadi terpaksalah guru yang mencangkul, memotong rumput, tolak kereta sorang dan kereta minyak buat garisan. Habis cuti cikgu-cikgu ni seminggu untuk buat kerja-kerja ini. Memang sedih bila tengok mereka. Lebih sedih lagi pihak pentadbiran tak ambil tahu langsung. Nak Jengok pun tidak. Kerja-kerja macam ni biasanya PK Kokulah yang bertanggung jawab. Kalau PK Koku pun tak pernah nampak muka macam mana anak buah nak puas hati buat kerja. Yang dia tahu hanya kerja dah siap ke? Macammana orang buat kerja tak pernak ambil tahu susah dan teruknya. Nak bagi penghargaan jangan haraplah...

Yang aku tahulah, PK koku ni memang tak tahu buat kerja sebab bila kita tanya sesuatu tentang apa yang nak buat dia tak boleh bimbing dan bagi panduan. Setakat ada pangkat saja, kerja tak reti langsung. Macam mana boleh naik pangkat pun aku tak tau, mungkin ada kroni kot. Jadi siapa yang bagi pangkat tu, lain kali kenalah kaji dan siasat kelayakan mereka yang hendak dinaikkan pangkat itu dengan berhati-hati dan cermat. Pastikan orang tersebut boleh buat kerja dan layak dinaikkan pangkat. Ini yang aku perhatikan, siapa kroni samada isteri atau suami ada hubungan dengan PPD, dialah akan cepat naik pangkat. Selama berbelas-belas tahun mengajar, aku perhatikan begitulah perjalanan pejabat pendidikan daerah, Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian pun.

Aku ni bernasib baik kerana sejak mula menjadi guru telah terlibat dengan berbagai bahagian di kementerian pelajaran seperti PPK, LPM,JPN dan ,PPD. Banyak kerja-kerja yang melibatkan organisasi tersebut terutamanya melibatkan akademik. Aku dan kawan-kawan diminta untuk membuat berbagai kerja seperti menyemak dan menggubal sukatan pelajaran, buku teks, menggubal item, memberi kursus kepada guru-guru matapelajaran diperingkat negeri dan daerah. Ramai kawan-kawan kata seronoklah dapat buat kerja untuk PPK,LPM,JPN dan sebagainya. Duduk kat hotel, makan minum disediakan dan sedap-sedap belaka. Sedangkan dia tak tahu kita ni kena kerja sampai jam 10.00 malam. Dahlah kerja teruk tapi tak nampak pun penghargaan diberi. Pengetua yang nak bagi dan dia tak ambil kira kerja-kerja kita tu. Dia hanya lihat kepada sumbangan kita disekolah sahaja. Oleh sebab itu sekarang ni ramai dah yang tolak bila dipanggil untuk buat kerja dengan organisasi terbsebut.

Kalau PK koku macam sekolah aku ni, banyak lagi yang lebih baik dari dia. Ini tanya sikit semua tak tau, suruh buat dan cari sendiri. Apa punya PK?Macam aku kata tadi, dia kena tahu dan mesti berpengalaman dengan bidang tugasnya supaya dia boleh bimbing dan beri tunjuk ajar pada guru-guru dibawahnya tentang kerja-kerja yang nak dilakukan. Ini tidak, dia sendiri pun tak tahu. Bila guru tu buat salah, dia marah. Apa punya PK macam ni? Nak salahkan cikgu ni, memang dia pun banyak tak tahu. PKlah kena bimbing, ajar dan tunjuk macam mana nak selesaikan tugas tersebut.

Apa yang aku, kesalkan adalah ramai yang tak berani cakap secara berdepan. Tak puas hati tapi tak pernah cakap dalam mesyuarat dan hanya cakap dibelakang sahaja. Bila dibelakang ,cakap berdegar-degar dan macam-macam rungutan dan komplen. Tapi kat depan, senyap tak boleh terkata-kata. Jadi yang buruknya kita yang selalu bersuara sehingga diblacklist oleh pentadbiran sebagai pembangkang di sekolah. Bila dah macam tu, janganlah mengharapkan apa-apa lagi......ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-58159754165532014272012-03-10T02:45:00.003-08:002012-03-10T02:45:43.331-08:00480,000 guru bakal nikmati pelarasan gaji, kenaikan pangkat

2012/03/10

KULAIJAYA: Seramai 480,000 guru di seluruh negara bakal mendapat khabar
gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat
secara 'time based' yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian
Pelajaran bagaimanapun sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu
dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ia dapat dilaksanakan
sepenuhnya.Beliau berkata demikian selepas menyertai program Jelajah Sayang
1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara, Gunung Pulai, di sini, pagi
ini.

Muhyiddin berharap JPA dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.

Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.

"Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri).

"Mereka
pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat," katanya
menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan.

Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Muhyiddin juga berkata apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan.ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-26990951580026616372012-03-03T06:20:00.002-08:002012-03-03T06:20:36.681-08:00Guru terpaksa pura-pura sokong Barisan Nasional

03 Mac 2012

APABILA ditanya "bilakah tarikh
PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau
mengagak dengan tepat. Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat,
dukun, bomoh mahupun ahli nujum.

Sikap Najib yang teragak-agak
untuk mengumumkan tarikh pilihanraya juga menunjukkan betapa lemahnya
beliau di dalam membuat keputusan. Ternyata Rosmah jauh lebih bijak
membuat keputusan berbanding pemimpin lemah seperti Najib.

Bilakah sebenarnya PRU13 akan
diadakan? Tentu sekali Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik
sahaja beliau yakin bahawa Barisan Nasional akan menang besar dalam
PRU13.

Pelbagai usaha dibuat untuk menyiasat
dan menganalisis kekuatan Barisan Nasional di dalam memenangi PRU13.
Risikan Polis dan tentera telah digunakan. Salah satu usaha yang dapat
dikesan ialah melalui pelbagai borang kaji selidik

Sebuah
email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM
mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya
yang merupakan seorang guru.

Borang itu menurutnya
merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat
apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa
kini.

Sahabat pembaca ini menjelaskan
bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif
atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional.
ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-56419492853198295672012-03-03T02:33:00.004-08:002012-03-03T02:34:21.894-08:00Cikgu kena sambut anak murid setiap hari.....Hari ni aku dibagi tau bahawa Hari Isnin depan ada pemantauan dari PPD nak mai sekolah tengok perlaksanaan program guru sambut anak murid ke sekolah supaya murid-murid ini seronok nak mai sekolah. Nampaknya beban jadi cikgu ni semakin hari semakin banyak sampai tak terpikul pulak. Dah la kerja bertimbun-timbun sampai rasanya masa yang Allah beri tu tak cukup 24 jam sehari. Kalau boleh nak tambah lagi.

Beberapa hari lepas, ada kemalangan kereta terbalik dekat dengan jalan ke sekolah aku. Dimaklumkan kemalangan itu melibatkan seorang guru. Nasib baiklah dia tak mengamalami sebarang kecederaan pun. Bila ditanya bagaimana ia boleh berlaku. Katanya ditertidur semasa memandu...mengantuk sangat sebab nak selesaikan kerja malam tu jadi terpaksa kurang tidur. Akhirnya inilah kesannya....tapi mengapalah kementerian, JPN dan PPD tidak mengambilkira hal ini. Apakah kerja mereka hanya memikirkan sesuatu yang baru dan semua perlaksanaannya dihentak ke bahu guru-guru.

Akhirnya guru-guru yang terbeban dengan tugas yang tidak logik dan rasional sehinggakan kerja sebenar guru untuk mendidik dan mengajar murid sudah menjadi tidak penting lagi.Sebagaimana yang pernah aku sebutkan dalam entry yang lalu betapa banyaknya tugas guru yang perlu diselesaikan saban hari.

Dua hari lepas, sekolah aku memberi taklimat supaya semua guru mengemaskini data masing-masing melalui on-line e-operasi. Ini satu hal lagi kerana sebelum ini semua kerja ini dibuat oleh guru data yang hanya ada waktu mengajar sebanyak 12 waktu sahaja berbanding dengan kami guru-guru lain yang mempunyai waktu mengajar sehingga 24 atau 25 waktu seminggu. Bukan itu sahaja, bila ada guru yang tidak hadir terpaksa ganti mereka sebanyak 2 hingga 3 waktu seminggu. Bila ditambah bilangan waktu seminggu hampir 27 hingga 28 waktu. Itu baru kelas P&P. Sebelum ini Emis dibuat oleh guru data dan bila kami sendiri yang kena kemaskini, apa pula kerja mereka dengan jumalah waktu kelas yang sedikit itu.

Bila ada orang kata kerja guru ni tak sampai 9 jam macam kerja kat ofis yang baliknya pada pukul 5 petang. Pada aku mereka yang tak jadi guru, tak tahu apa yang berlaku. Kalau nak kira kami guru ni kerja sebenarnya lebih dari sembilan jam. Contohnya masuk kerja waktu pagi jam 7.20 pagi sehingga 1.35 tengahari. Sambung pula dengan berbagai mesyuarat yang selalu diadakan. Biasanya dari jam 1.35 tengahari hingga pukul 3.15 petang. Seterusnya ada aktiviti kokurikulum, latihan sukan, 1murid 1 sukan dan sebagainya mulai pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. Lepas tu hari Sabtu pula orang lain cuti, kami sentiasa ada program dengan murid tak kira minggu pertama atau ketiga yang NUTP dah maklumkan tidak boleh buat sebarang aktiviti tapi kami kena LADAPlah, Program Keceriaanlah, Jogathonlah, dan sebagainya.

Memang kami kadang-kadang cemburu sangat pada orang kerja ofis di pejabat. Walaupun kerja sampai pukul 5, tapi setiap hari Sabtu hujung minggu boleh bawa anak isteri pergi berehat dan melancong atau mengemas rumah bersama keluarga. Dah tu kerja tak perlu bawa balik ke rumah. Kalau tak siap boleh sambung esok kat ofis. Sedangkan kami bawa balik buku-buku latihan pelajar atau murid-murid untuk semak, buat persediaan mengajar untuk esoknya, siapkan soalan ujian dan peperiksaan serta latihan....

Kalau nak cerita tak habislah...Contohnya masa nak exam, cikgu kena sediakan soalan ikut JSU, kena taip soalan, JSU dan cetak. Lepas tu terpaksa staplerkan semua soalan mengikut bilangan murid di setiap kelas tanpa bantuan sesiapa. Kalau ramai murid, banyaklah kerja yang nak kena buat seperti matapelajaran BM,BI atau semua subjek teras. Lepas tu kena sediakan skema jawapan dan buat pemeriksaan kertas jawapan dan beri markah. Markah pula kena masuk dalam SAP dan SAPS on-line, sedangkan kedua-dua itu perkara yang sama perlu dibuat kerana SAP nak kena hantar ke PPD dan SAPS kena hantar ke JPN. Jadi dah kena buat kerja dua kali. Tak ke bodoh namanya. Lepas habis semak dan beri markah, nak kena buat pula analisis item untuk lihat soalan yang disediakan samada valid atau tidak......itulah contoh salah satu kerja-kerja cikgu yang kena buat.....ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-79483419946356809732012-03-01T02:19:00.003-08:002012-03-01T02:19:53.699-08:00Serah sahaja PIBG pada Umno

01 Mac 2012

Entahlah... dari sehari ke sehari, guru-guru di sekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran bagai dijadikan orang suruhan Umno. Dikerah ke
sana, pergi; dikerah ke sini, pergi.

Kerahan tenaga itu dibuat
tanpa mengira waktu. Kadang-kadang waktu guru-guru bercuti hujung
minggu. Macam-macam bentuk arahan dikeluarkan. Paling popular adalah
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Pernah guru-guru sekolah menengah di
Selangor diberi arahan melaksanakan LDP. Tugasnya adalah menampal
pelekat pada beberapa perkataan yang dikategorikan sebagai sensitif
dalam novel Interlok.

Interlok adalah salah satu novel dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 yang digunakan di
sekolah-sekolah menengah di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur,
dan Putrajaya. Beberapa perkataan dalam novel itu dianggap tidak sesuai
kerana kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, khususnya kaum Melayu
dan India.

Sudah penat menampal perkataan-perkataan yang dianggap
sensitif itu, ada ura-ura novel itu akan dikeluarkan daripada senarai
bacaan wajib bagi calon SPM.

Baru-baru ini diberitakan guru-guru
di negeri Darul Iman diarahkan pula oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu untuk menghadiri Majlis Himpunan Sejuta Umat Selamatkan
Aqidah yang berlangsung di Stadium Negeri, 25 Februari lalu dari jam
8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Setiap sekolah di sekitar Kuala
Terengganu diminta menghantar 10 orang guru/kakitangan ke majlis
tersebut.

Di Kelantan, arahan lisan dibuat Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen
Kota Bharu supaya menghadiri majlis ceramah menampilkan bekas Exco
Kerajaan Negeri Selangor yang dipecat daripada PAS, Dato' Dr Hasan Mohd
Ali.

Guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

Sumber
juga memberitahu, sudah tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada
program anjuran Umno Kota Bharu. Guru-guru terbabit juga diarah hadir
pada program anjuran wanita Umno.

Banyak lagi kejadian guru-guru
diarah meramaikan program politik BN oleh Kementerian Pelajaran.
Pelaksana kepada arahan politik ini adalah Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD).

Di Selangor, program sekolah kebiasaannya dirasmikan oleh
wakil Menteri Pelajaran. Yang peliknya, wakil Menteri Pelajaran adalah
Adun-Adun parti pembangkang daripada BN. Apabila Adun-Adun parti
pembangkang ini gagal hadir, maka pada kebiasaannya pemimpin Umno
cawangan atau bahagian pula diminta mewakilinya. Maka majlis itu
akhirnya akan dirasmikan oleh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran.

Pentadbir
sekolah tidak dibenarkan menjemput pemimpin kerajaan negeri bagi
merasmikan sebarang acara. Tetapi tidak menjadi kesalahan kepada
sekolah-sekolah kementerian menerima sumbangan wakil rakyat Pakatan
Rakyat. Peraturan baru itu dibuat setelah sekolah-sekolah menghadapi
kekangan kewangan ekoran peruntukan untuk projek-projek infrastruktur
sekolah sukar diperolehi daripada PPD.

Di musim mesyuarat agung
PIBG sekarang, adalah lebih baik jika para penyokong Umno sahaja
dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Apatah lagi sekolah-sekolah dibawah
kementerian sudah dijadikan 'markas politik Umno'. Biarlah ahli-ahli
Umno diberi tanggung jawab mengumpul dana bagi membantu melengkapkan
infrastruktur dan peralatan sekolah. Paling kurang, jawatankuasa PIBG
penyokong Umno ini boleh mendapatkan bantuan daripada wakil-wakil rakyat
Umno.

Daripada peruntukan jutaan ringgit yang diberikan
Kerajaan Pusat kepada wakil rakyat Umno itu diselewengkan untuk tujuan
politik, lebih baiklah ia disalurkan untuk pembangunan infrastruktur
sekolah.

Tidak payahlah ibu bapa yang menyokong Pakatan Rakyat
bersusah payah untuk menghadiri mesyuarat PIBG. Tidak payahlah nak
berebut-rebut menjadi jawatankuasa PIBG jika kita akhirnya terpaksa
mendengar celoteh wakil kepada wakil Menteri Pelajaran!ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-82110940964652613572012-02-26T02:44:00.001-08:002012-02-26T02:48:37.249-08:00Kerja-kerja....Minggu lepas aku dimaklumkan supaya masukkan nama dan kemaskinikan data pelajar kelas aku dalam SSM. Terpaksalah aku cari masa yang sesuai untuk masukkan data tu. Kerja-kerja lain pun banyak nak buat tak termasuk nak buat persediaan mengajar lagi. Jadi cikgu lani tak lah semudah dulu. Semua kerja tu nak cepat saja tarikh akhirnya. Memang kerja guru kelas macam tak boleh habis. Ada saja maklumat baru yang kena sediakan.

Kedatangan pelajar hari-hari kena tanda. Apa-apa yang berkait dengan pelajar jadi tugas guru kelas. Tak cukup di sekolah kena buat di rumah pula. Macam aku kata tadi, lepas saja siap aku masuk data dalam SSM, tiba-tiba datang pula arahan untuk kemaskini data pelajar dalam PKM pula dengan guna online. Pada aku kenapa tak convert saja data dalam SSM ke APDM. Tak perlulah kami sebagai guru kelas kena buat kerja yang sama dua tiga kali. Ini namanya tak cerdik orang yang merancang program ni. Sebabnya bila kena buat kerja yang sama dua tiga kali dah membazir masa, meningkatkan kos dan sebagainya.

Sedangkan banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat dan difokuskan terutama berkaitan dengan P&P. Masa tersebut boleh digunakan untuk merancang P&P yang berkesan kepada pelajar yang sebenarnya menjadi fokus utama seorang guru. Ini tidak, kerja-kerja kerani yang banyak kena buat dan sebab tulah kerja-kerja mendidik dan mengajar jadi tidak penting lagi kepada sesetengah guru. Akhirnya pelajar-pelajar terabai dan tidak mendapat pendidikan yang sebenarnya.

Pentadbir pula sentiasa memberi tekanan agar semua kerja-kerja ini siap pada waktunya kerana mereka pula mendapat tekanan dari PPD, JPN dan Kementerian. Pada aku program yang nak dilaksanakan tu bukan tak baik tetapi hendaklah dirancang dengan teliti sebelum dilaksanakan. Janganlah buat kerja yang bertindih dan berulang-ulang. Bukanya apa guru kena buat benda yang sama. Di sekolah tak sempat buat, kena siapkan di rumah. Kalau buat dirumah kena ada internet dan komputer.

Bila kena buat benda yang sama, maka membazir masa dan tenaga. Begitu juga dengan kosnya. Nak guna komputer dan internet kena bayar dari segi bil elektrik dan bil internet jika buat di rumah. Mujurlah ramai guru-guru yang tidak berkira dengan perbelanjaan ini. Apakah kementerian tidak nampak perkara ni?. Sudahlah kerja kena bawa balik rumah malah belanja elektirk dan bil internet pula kena bayar sendiri. Semua ni tak boleh claim.

Satu lagi masalahnya server yang digunakan sering terganggu dan lembab sangat. Ada saja gangguan bila nak online. Masa yang paling baik hanyalah selepas semua orang tidur pada pukul dua atau tiga pagi. Mana ada orang kerja siang malam tak perlu tidur tapi inilah pengorbanan seorang guru bila nak buat kerja-kerja sebegini. Orang lain sedap saja dapat tidur nyenyak tanpa gangguan tapi cikgu terpaksa bersengkang mata kerana nak siapkan kerja. Inilah kesannya bila semua kerja nak guna online sedangkan prasarana dan kemudahan internet masih lagi terpaksa berbayar dan tidak meliputi seluruh negara.

Di negara maju seperti Korea dan Jepun dikatakan kemudahan internet ini boleh di akses di mana-mana saja secara percuma. Sebab itu mereka menjadi maju dengan berkali ganda dari Malaysia walaupun mereka suatu masa dulu setaraf dengan negara kita. Negara kita juga nak maju tapi kemudahan yang disediakan jauh lebih mundur dari negara tersebut.

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-24273173598730863092012-02-08T03:45:00.000-08:002012-02-08T03:45:59.626-08:00Mesyuarat PIBGMinggu lepas, sekolah aku buat mesyuarat agung PIBG yang dirasmkan oleh bekas guru yang pernah jadi pemimpin ditempat aku. Dalam ucapan perasmian itu disebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang cikgu-cikgu perlu buat apabila dilihat suasana hari ini yang memerlukan perubahan dari segi adap tingkah laku anggota masyarakat hari.

Dia menimbulkan isu ibu bapa hari ini dah tak sama macam dulu. Bila anak yang mengambil peperiksaan apa jua, diharapkan akan dapat kejayaan yang cemerlang seperti 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM dan sebagainya. Kalau dulu ibu bapa sekadar ingin anaknya lulus sahaja tapi sekarang bukan itu yang diharapkan. Dia bagi contoh isterinya yang malu dan tak sanggup keluar rumah bertemu jiran-jiran hampir dua minggu kerana anaknya hanya dapat 4A 1B dalam UPSR. Itulah yang berlaku dan dia harap cikgu-cikgu dapat bertugas dengan lebih kuat lagi untuk memenuhi harapan ibu bapa.

Isu yang kedua bila dia pergi isi minyak kereta dimana terpaksa beratur menunggu giliran tetapi ada sebuah kereta yang memotong giliran beliau dengan selamba sahaja untuk mengisi minyaknya. Setelah selesai tanpa segan silu terus berlalu begitu sahaja tanpa memohon maaf dan sebagainya. Inilah tingkah laku yang cikgu-cikgu kena perbetulkan di kalangan anak-anak didik di sekolah kini katanya.

Pada aku apa yang berlaku hari ini dalam masyarakat, tidak boleh menuding jari kepada guru-guru disekolah sahaja. Kerja mendidik masyarakat dan rakyat adalah tanggungjawab bersama. Semua orang baik pemimpin diperingkat apa sekali pun mestilah sama-sama bertanggunjawab. Kalau suasana yang ada disekeling tidak baik, bagaimanakah masa berada disekolah yang begitu singkat bersama guru boleh membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar-pelajar.

Murid-murid didik di sekolah hanya lebih kurang 6 hingga 7 jam sahaja sedangkan waktu berada diluar lebih lama dari itu. Di sekolah mereka diajar untuk menghayati tingkah laku yang baik tetapi diluar mereka bertemu dengan segala macam perkara yang bertentangan dengan apa yang dipelajari disekolah. Malah itu mempengaruhi sebahagian besar tingkah laku mereka.

Oleh itu untuk membentuk masyarakat dan rakyat yang berbudi bahasa, beradap sopan dan sebagainya semua pihak mestilah bertanggungjawab bersama-sama membina biah atau suasana yang baik. Dengan ini barulah dapat diwujudkan apa yang diharapkan itu... ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-56953147618254943152011-11-19T05:52:00.001-08:002011-11-19T06:23:15.773-08:00Tahniah anakku....Hari khamis lalu, keputusan UPSR telah diumumkan. Anakku adalah salah seorang yang mengambil peperiksaan tersebut. Memanglag berdebar-debar aku dan isteri nak dengar keputusan yang bakal diumumkan. Anakku ini sebenarnya bukanlah seorang yang cemerlang dari segi akademiknya. Tahap dia hanya biasa sahaja dan sesuai dengan cara dan gaya laku dia. Dalam ramai anak-anak ku, dia ni taklah pandai sangat dan aku anggap pencapaiannya selama ini sederhana sahaja.

Tidak seperti kakak dan abangnya sebelum ini yang agak cemerlang. Oleh itu aku dan isteri taklah harap sangat pencapaian yang cemerlang buat dia. Cumanya kami berharap juga agar dia berubah sikap untuk terus berusaha dalam pelajarannya. Selalunya dalam peperiksaan, dia akan dapat 'B atau C' sahaja dalam mata pelajaran yang diambil. Jarang sekali dia dapat 'A'. Jadi kami taklah nak menekan sangat tentang akademik dia ni. Dari pemerhatian aku dan isteri memang anak kami ini mempunyai perbezaan dengan yang lain.

Kesemua anak kami sebenarnya mempunyai sikap yang berbeza-beza antara satu sama lain. Walaupun cara didikan yang kami beri kepada mereka semua adalah sama tetapi kami dapat lihat mereka mempunyai sikap, kehendak, daya usaha dan kemahuan yang tidak sama. Begitu juga dengan keperluan semua anak-anak kami diberi dengan saksama tetapi hasil pencapaian terutama dari segi akademik tetap berbeza.

Anak-anak ku yang cemerlang memang mempunyai sikap, kehendak dan daya usaha yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran. Oleh itu kami sedar dari awal lagi mereka akan cemerlang berbanding dengan anak-anak ku yang sederhana sahaja pencapaiannya. Kerapkali bila aku datang ke sekolah dalam program perjumpaan dengan waris ditanya oleh guru-guru yang mengajar anak-anak ku cara mendidik mereka. Cuma kata aku, caranya hampir sama tetapi setiap mereka mempunyai sikap yang berbeza. Bagi yang pandai tu, usaha mereka lebih dari yang lain. Yang sederhana pula, usahanya agak kurang dan mereka akan belajar bila disuruh atau dipantau. Bagi yang cemerlang pula tak payah suruh, mereka akan belajar sendiri dan mereka akan selesaikan kerja sekolah mereka sehingga siap. Kadang-kadang sehingga jauh malam.

Bagi yang sederhana, mereka akan buat sekadar mampu sahaja dan seringkali kerja-kerja persekolahan tidak dapat disiapkan pada waktunya. Dari pengalaman aku dan isteri, kami dapat melihat bahawa cara mendidik anak-anak samada disekolah atau di rumah tidak boleh dibuat dengan kaedah yang sama sahaja. Sebenarnya ia memerlukan cara dan pendekatan yang berbeza bagi setiap anak-anak itu. Mereka sebenarnya mempunyai potensi untuk berjaya mengikut kaedah dan pendekatan didikan yang sesuai. Jika kena gaya dan caranya, Insyaalah anak yang kita didik itu akan berjaya.

Inilah yang dapat aku dan isteri lakukan kepada anak kami. Walaupun pencapaiannya agak sederhana tetapi setelah diusahakan dengan memberi semangat dan motivasi yang tinggi untuk terus berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh seperti yang ditunjukkan olehnya, alhamdullilah akhirnya dia berjaya juga mencapai UPSR dengan 4A 1B walaupun pencapaian ini tidak pernah kami duga kerana dalam peperiksaan percubaanya, dia hanya mendapat 3B2C sahaja. Tahniah anakku...teruskan usaha dan jadikan ia sebagai satu pengalaman yang berharga untuk kejayaan yang seterusnya.

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-73319753239498112112011-11-17T05:47:00.001-08:002011-11-17T05:50:16.190-08:00UCAPAN GURU BESAR 'TERLAMPAU'!!! Memalukan warga pendidik

SETIU - Cikgu
Abd Halim bin Mohamad , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap
dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila
menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan
khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman
Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas
tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita
minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil
ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang
terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan
tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu
kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr
Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu,
Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada
Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya
pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista'
itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau
(Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan
parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr.
Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita
tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan
parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun
bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk
parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang,
tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas)
selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr
Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata,
tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat
awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini
sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan
sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah
lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah
mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa
meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras
dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim
akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan
kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal
mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya
kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh
sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua
cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.BO

ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-21925394971565093042011-11-16T17:36:00.001-08:002011-11-16T18:03:59.607-08:00Saat-saat akhir sebelum cuti....Tinggal dua hari saja lagi sekolah akan bercuti. Semua cikgu-cikgu masing-masing sibuk dengan kerja-kerja yang nak diselesaikan. Semua peperiksaan telah selesai, jadi masing-masing sibuk menanda kertas, ada yang dah siap menanda kena masukkan markah dalam SAP dan SAPS. Kerj-kerja lain juga mesti selesai sebelum cuti. Sijil-sijil nak kena cetak. Buku kehadiran nak kena siapkan dan kemaskini. Begitu juga dengan kad-kad laporan pelajar, Sijil Pentaksiran Berasaskan sekolah, Sijil Berhenti dan surat akuan, Ujian SEGAK dan sebagainya mesti siap sebelum cuti.

Sementara itu, ada cikgu-cikgu yang kena bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan SPM, yang dah mula minggu ini. Selalunya peperiksaan SPM lepas cuti baru mula, tapi tahun ni sebelum cuti dah mula sebab cuti agak lewat pada tahun ini. Jadi ramai guru-guru tak ada disekolah sedangkan pelajar-pelajar masih bersekolah lagi. Jadi kenalah guru-guru disekolah ni relief bagi guru yang tak hadir untuk kawal murid-murid di bilik darjah. Kalau tidak takut jadi perkara yang tak diingini seperti pergaduhan dan sebagainya bila guru tidak ada di dalam kelas.

Dua hari lepas di daerah ku, guru-guru yang dilantik sebagai petugas SPR dipanggil untuk berkursus selama dua hari. Ramailah pula yang terpaksa meninggalkan sekolah untuk dua hari kursus itu. Jadi bertambah-tambahlah bilangan guru yang tiada di sekolah. Bolehlah diramal keadaan sekolah apabila kurang guru. Namun semuanya berjalan seperti biasa dengan kawalan yang baik oleh guru-guru yang ada. Apa yang aku musykil ialah mengapa kursus itu tidak dibuat semasa cuti sekolah?

Hari ini pula sibuk dengan satu lagi beban tugas guru iaitu memberi wang RM 100 kepada ibu bapa pelajar. Hairan sungguh aku, dahlah tugas dan kerja guru banyak nak diselesaikan sebelum cuti ni. Ditambah pula dengan nak kena bagi duit pada ibu-bapa. Kenapa tak bagi masa buka sekolah ke atau sebelum buka sekolah ke? Kenalah fikir sikit hal ni. Guru-guru bukan duduk saja kat sekolah. Masing-masing sibuk nak selesaikan kerja sebelum tutup sekolah ni. Menteri dan orang atasan kena fikir betul-betul.

Tak boleh tangguh ke pemberian tu waktu masa lain. Orang tengah sibuk ni... Ataupun sebab pilihanraya memang dah dekat. Kalau macam tu nampak sangat pemberian tu sebagai rasuah kepada rakyat terutama kepada ibu bapa supaya menyokong pemerintah yang ada sekarang ni...Ada ibu bapa yang sebut depa bagi kita ambil ...apa nak susah... esok undi kita dah ada pilihan.....Yang aku hairan tu, sebelum bagi wang tersebut perlu ada gimik perasmian oleh wakil pemerintah di semua sekolah dalam daerah aku ni....Jadi ada wakil pemerintah samada YB atau wakilnya datang ke sekolah bertemu ibu-bapa baru boleh bagi wang tu.... nampak sangat kempen dah bermula sebelum pilihanraya ni....

Apa-apa pun yang penting rakyat dapat habuan. Soal nak kekalkan atau tidak pemerintah yang ada, sebenarnya dah banyak spekulasi tentang tu.. Masing-masing tunggu masa sahaja dan dari apa yang aku lihat nampaknya perjalanan pembangkang ke Putrajaya makin hampir...... ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-55567856987059404112011-11-12T23:19:00.001-08:002011-11-12T23:19:56.037-08:00Cikgu kena undi PR elak BEBANAN KERJA

PAS
menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas
selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang
dan Johor.

Ahli
Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu
berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia
terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

Bagi
saya projek perintis akan dijadikan asas agar sistem ini diperluas
kepada semua sekolah. Maka semua guru-guru akan berkerja selama 9 jam
sehari.

Mudah
saya jalan penyelesaian. Undi PR pada PRU 13 ini dan PR sudah pasti
tidak akan membebankan guru-guru dengan bebanan tidak masuk akal ini.
Malah PR sudah berjanji untuk memperkasakan dan menillai kebajikan untuk
warga pendidik.

Ternyata
pemimpin BN tidak tahu menilai sumbangan dan perana guru-guru sehingga
mereka mahu dibebankan dengan kerja lebih masa yang sudah tentu
memenatkan.

Andai guru-guru sanggup untuk bekerja selama 9 jam silalah undi BN pada PRU 13 nanti. ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-51311645563350394032011-11-07T23:01:00.000-08:002011-11-07T23:01:41.874-08:00Persaraan Pengetua....Esok sambutan hari persaraan Pengetua sekolah aku. hari ni sibuklah persiapan akhir untuk program tu. Kehadiran pelajar seperti biasalah kurang pelajar yang datang. Tambahan pula kelmarin cuti menyambut hari raya Aidiladha. Jadi ramailah yang menyambung cuti hari ni.

Walaupun pengetua aku sebenarnya kan bersara pada bulan Disember nanti, kami buat majlis di sekolah pada hari esok kerana minggu depan dah bermula peperiksaan SPM tahun 2011. Jadi minggu nilah saja yang ada masa untuk pelajar-pelajar meraikan bersama-sama. Masa dan waktu lain dah tak ada. Cuti sekolah pun akan bermula cuma dua minggu sahaja.

Persiapan terakhir hari ini dibuat oleh guru-guru dan pelajar yang akan memberi persembahan dan sebagainya, Begitu juga dengan persiapan bahagian hiasan dan jamuan. Cuma aku kesian pada kawan-kawan yang membuat hiasan pentas, dewan dan tempat makan kerana dah siap buat semuanya masih ada yang tak puas hati. Hendak macam-macam tapi peruntukan kewangan kurang. kalau duit dah tak cukup, tak perlulah demand lebih-lebih. guna dan buat apa yang ada. Dalam semua hal mesti ada kos lepas.

Kalau nak cantik, nak hebat dan sebagainya mestilah belanja pun kena besar. Kalau duit sikit, buatlah apa yang patut saja. jangan mengada-ngada pulak. Cikgu dah buat pun kira bersyukurlah. Ada guru yang buat kerja hingga lewat petang. Kenapa tak dihargai kerja mereka? Aku rasa pengetua yang akan bersara punt tak minta dibuat persiapan macam tu,

Sebenarnya aku nampak pengetua aku memanglah seorang yang baik dan bagus dengan kami semua walaupun dia seorang bukan Islam. Banyak perkara yang dia buat di sekolah aku terutama dari segi pembangunan sekolah. walaupun sekolah aku daif tak dapat bantuan kerajaan, tiap-tiap tahun kami masih boleh beli kerusi meja yang rosak, boleh tambah dan luaskan bangunan untuk pejabat, buat bangunan kelas baru, buat dan baiki kerosakan bangunan lama, buat bilik pengawas, naikan taraf surau dan yang terakhir ialah bina bilik koperas sekolah. Dari mana sumber kewangan yang diperolehi oleh pengetua pun kami tak tahu. Cuma yang kami tau setiap tahun ada program walkthon, ceriathon, paintingthon dan lain-lain.

Hubungan dengan kami pun bagus. Dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Dia sentiasa mempertahankan pekerja bawahannya dan kani amat senang mendapat pengetua semacam dia. Ada kawan-kawan aku yang telah berada di bawah beberapa pengetua sebelum ni mengatakan pengetua kami inilah yang paling sporting sekali. Dia buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan. sesiapa yang berjaya menunjukkan kerja yang cemerlang pasti dihargai tanpa melihat prestasi yang lalu.Ada kawan aku yang pernah bergaduh dengan beliau sebelum ni semasa beliau menjadi PK di sesebuah sekolah. Bila dia bertukar ke sekolah aku, masa tu Pengetua dah ada di sini. kalau ikutkan jangan haraplah nak dapat APC. Walaupun baru tahun pertama disekolah aku dan telah bergaduh sebelum tu dengan pengetua, dia masih dipilih untuk menerima anugerah APC tahun tu kerana prestasi cemerlangnya. Jadi pengetua aku tu bukanlah orang yang pendendam seperti yang terdapat pada setengah-setengah orang lain.

Apa-apa pun aku ucapkan Selamat Bersara kepada beliau dan aku berdoa agar beliau diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi seorang muslim kerana kelakuan dan akhlaknya sebenarnya hampir menyamai akhlak seorang muslim. ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-59689968333415811132011-11-05T03:52:00.000-07:002011-11-05T03:52:19.449-07:00Program Pecutan Akhir....Hari ini sekoah aku masih lagi mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar SPM walaupun esok kita akan meyambut Hari Raya Aidil Adha. Ada dikalangan anak murid aku yang bertanya, cikgu tak buat persiapan menyambut hari Raya Haji ke?. Aku tanya semula kepada mereka, kenapa mereka berkata demikian? Kata mereka, nampak macam tak nak raya saja sebab masih buat kelas tambahan untuk mereka.

Aku kata kepada mereka bahawa kelas ini wajib sebab diarahkan berbuat demikian. Pentadbir dah arahkan buat kelas tambahan selepas habis peperiksaan percubaan lalu, maka semua kena buatlah. Progam ini disebuat pecutan akhir SPM yang melibatkan semua guru matapelajaran. Jadi disekolah aku setiap hari Sabtu sehingga peperiksaan bermula ada kelas tambahan. Pelajar diminta hadir dengan berpakaian sekolah dan jadual bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Guru yang mengajar matapelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.

Tidak ada cuti hari Sabtulah. Kalau cikgu nak buat persiapan hari raya esok pun kenalah buat selepas kelas tambahan. Yang sedinhnya cikgu yang nak balik kampung pun kenalah tunggu selepas kelas habis. Cuma cuti raya haji ni taklah panjang sebab lepas tu kami ada sambutan hari persaraan pengetua. Mujurlah kebanyakkan guru tak balik kampung terutama yang diluar negeri sebab cuti pendek.

Walau apa pun aku ucapkan syabas kepada cikgu-cikgu yang sanggup berkorban untuk nak murid mereka. Dedikasi yang cikgu-cikgu tunjukkan itu diharap dapat pembalasan yang setimpalnya dari Allah. Nak harap pentadbir maaflah sebab ada di kalangan cikgu yang bertungkus lumus bekerja tapi tak siapa peduli. Walau pun mereka tak mengharapkan sebarang penghargaan tapi sekurang-kurangnya lihatlah sedikit pengorbanan yang diberikan. Ingatlah sumbangan mereka dengan memberikan sedikit penghargaan atau prihatinlah dengan kebajikan mereka. Akhirnya aku ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya maaf zahir dan Batin.ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5837617861860078303.post-47574558904793629642011-11-03T19:21:00.001-07:002011-11-03T19:21:55.140-07:00DEMO MAHASISWA UPSI!!! 7000 kerja bagi kepada GSTT, mahasiswa UPSI ada ijazah perguruan disuruh 'cari kerja lain'

Hampir
1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan
demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan
penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan
kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Piket
semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan
ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik
isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang
merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan
graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya
kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih
untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya
lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah
isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

Piket
tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus
oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut
digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS),
dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front
mahasiswa UPSI yg lain.

Piket
ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh
Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan
dan inovasi universiti itu.

Antara
tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan
yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan
guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih
telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.ibadhttp://www.blogger.com/profile/10188483900633948921noreply@blogger.com0