Selamat Datang

Selasa, 20 Mac 2012

Sukan Daerah....

Minggu ini sekolah aku jadi pengelola sukan balapan dan padang daerah. Persiapan untuk kejohanan dibuat sejak tahun lalu sebelum cuti bulan Disember lagi. Perancangan bagi persediaan kejohanan itu memang banyak memakan kos dan perbelanjaaan. Namum sedihnya semua kos dan perbelanjaan itu banyak dikeluarkan melalui poket sendiri sebab tak ada peruntukan. Bolehlah dapat sponsor dan derma dari beberapa syarikat perniagaan dan orang politik  tapi hanya mencukupi perbelanjaan asas sahaja.

Perjalanan dan makan minum guru yang terlibat menyiapkan persediaan kena tanggung sendiri. Siapa yang nak bagi? Namun begitu, oleh kerana kejohanan ini wajib dibuat setiap tahun terpaksalah guru berkorban untuk menyediakan dan menyiapkan kelengkapan dan alatan serta tempat kejohanan dengan sesempurna mungkin. Penyediaan prasarana kejohanan ini telah dibuat dalam jangka masa yang lama sebab hari hujan. Air yang bertakung tidak sesuai untuk dibuat lane balapan. Tanah dan pasir terpaksa ditambak untuk mengelakan padang menjadi sawah apabila kejohanan dibuat.

Memang kesian aku tengok beberapa orang guru yang terpaksa menjadi kerbau-kerbau seperti disawah untuk membawa pasir-pasir ke dalam kawasan yang rendah dan berair. Kalau tak ditambak sudah tentulah balapan itu tidak sesuai untuk dijadikan trek larian. Dulu ada tukang kebun sekolah yang membantu membuat trek larian dan memotong rumput di padang. Sejak penggunaan pekerja swasta yang membersihkan kawasan sekolah, gurulah yang menjadi kuli batak dan paria suruhan untuk membuat kerja-kerja tersebut semacam ini.

Nak suruh pekerja swasta buat mereka cuti pada hari Sabtu dan Ahad dan kerja mereka dibuat secara kontrak. Mana boleh arah mereka buat kerja-kerja macam ni. Jadi terpaksalah guru yang mencangkul, memotong rumput, tolak kereta sorang dan kereta minyak buat garisan. Habis cuti cikgu-cikgu ni seminggu untuk buat kerja-kerja ini. Memang sedih bila tengok mereka. Lebih sedih lagi pihak pentadbiran tak ambil tahu langsung. Nak Jengok pun tidak. Kerja-kerja macam ni biasanya PK Kokulah yang bertanggung jawab. Kalau PK Koku pun tak pernah nampak muka macam mana anak buah nak puas hati buat kerja. Yang dia tahu hanya kerja dah siap ke? Macammana orang buat kerja tak pernak ambil tahu susah dan teruknya. Nak bagi penghargaan jangan haraplah...

Yang aku tahulah, PK koku ni memang tak tahu buat kerja sebab bila kita tanya sesuatu tentang apa yang nak buat dia tak boleh bimbing dan bagi panduan. Setakat ada pangkat saja, kerja tak reti langsung. Macam mana boleh naik pangkat pun aku tak tau, mungkin ada kroni kot. Jadi siapa yang bagi pangkat tu, lain kali kenalah kaji dan siasat kelayakan mereka yang hendak dinaikkan pangkat itu dengan berhati-hati dan cermat. Pastikan orang tersebut boleh buat kerja dan layak dinaikkan pangkat. Ini yang aku perhatikan, siapa kroni samada isteri atau suami ada hubungan dengan PPD, dialah akan cepat naik pangkat. Selama berbelas-belas tahun mengajar, aku perhatikan begitulah perjalanan pejabat pendidikan daerah, Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian pun.

Aku ni bernasib baik kerana sejak mula menjadi guru telah terlibat dengan berbagai bahagian di kementerian pelajaran seperti PPK, LPM,JPN dan ,PPD. Banyak kerja-kerja yang melibatkan organisasi tersebut terutamanya melibatkan akademik. Aku dan kawan-kawan diminta untuk membuat berbagai kerja seperti menyemak dan menggubal sukatan pelajaran, buku teks, menggubal item, memberi kursus kepada guru-guru matapelajaran diperingkat negeri dan daerah. Ramai kawan-kawan kata seronoklah dapat buat kerja untuk PPK,LPM,JPN dan sebagainya. Duduk kat hotel, makan minum disediakan dan sedap-sedap belaka. Sedangkan dia tak tahu kita ni kena kerja sampai jam 10.00 malam. Dahlah kerja teruk tapi tak nampak pun penghargaan diberi. Pengetua yang nak bagi dan dia tak ambil kira kerja-kerja kita tu. Dia hanya lihat kepada sumbangan kita disekolah sahaja. Oleh sebab itu sekarang ni ramai dah yang tolak bila dipanggil untuk buat kerja dengan organisasi terbsebut. 

 Kalau PK koku macam sekolah aku ni, banyak lagi yang lebih baik dari dia. Ini tanya sikit semua tak tau, suruh buat dan cari sendiri. Apa punya PK?Macam aku kata tadi, dia kena tahu dan mesti berpengalaman dengan bidang tugasnya supaya dia boleh bimbing dan beri tunjuk ajar pada guru-guru dibawahnya tentang kerja-kerja yang nak dilakukan. Ini tidak, dia sendiri pun tak tahu. Bila guru tu buat salah, dia marah. Apa punya PK macam ni? Nak salahkan cikgu ni, memang dia pun banyak tak tahu. PKlah kena bimbing, ajar dan tunjuk macam mana nak selesaikan tugas tersebut.

Apa yang aku, kesalkan adalah ramai yang tak berani cakap secara berdepan. Tak puas hati tapi tak pernah cakap dalam mesyuarat dan hanya cakap dibelakang sahaja. Bila dibelakang ,cakap berdegar-degar  dan macam-macam rungutan dan komplen. Tapi kat depan, senyap tak boleh terkata-kata. Jadi yang buruknya kita yang selalu bersuara sehingga diblacklist oleh pentadbiran sebagai pembangkang di sekolah. Bila dah macam tu, janganlah mengharapkan apa-apa lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...