Minggu ini sekolah aku jadi pengelola sukan balapan dan padang daerah. Persiapan untuk kejohanan dibuat sejak tahun lalu sebelum cuti bulan Disember lagi. Perancangan bagi persediaan kejohanan itu memang banyak memakan kos dan perbelanjaaan. Namum sedihnya semua kos dan perbelanjaan itu banyak dikeluarkan melalui poket sendiri sebab tak ada peruntukan. Bolehlah dapat sponsor dan derma dari beberapa syarikat perniagaan dan orang politik tapi hanya mencukupi perbelanjaan asas sahaja.
Perjalanan dan makan minum guru yang terlibat menyiapkan persediaan kena tanggung sendiri. Siapa yang nak bagi? Namun begitu, oleh kerana kejohanan ini wajib dibuat setiap tahun terpaksalah guru berkorban untuk menyediakan dan menyiapkan kelengkapan dan alatan serta tempat kejohanan dengan sesempurna mungkin. Penyediaan prasarana kejohanan ini telah dibuat dalam jangka masa yang lama sebab hari hujan. Air yang bertakung tidak sesuai untuk dibuat lane balapan. Tanah dan pasir terpaksa ditambak untuk mengelakan padang menjadi sawah apabila kejohanan dibuat.