Selamat Datang

Ahad, 26 Februari 2012

Kerja-kerja....

Minggu lepas aku dimaklumkan supaya masukkan nama dan kemaskinikan data pelajar kelas aku dalam SSM. Terpaksalah aku cari masa yang sesuai untuk masukkan data tu. Kerja-kerja lain pun banyak nak buat tak termasuk nak buat persediaan mengajar lagi. Jadi cikgu lani tak lah semudah dulu. Semua kerja tu nak cepat saja tarikh akhirnya. Memang kerja guru kelas macam tak boleh habis. Ada saja maklumat baru yang kena sediakan.

Kedatangan pelajar hari-hari kena tanda. Apa-apa yang berkait dengan pelajar jadi tugas guru kelas. Tak cukup di sekolah kena buat di rumah pula. Macam aku kata tadi, lepas saja siap aku masuk data dalam SSM, tiba-tiba datang pula arahan untuk kemaskini data pelajar dalam PKM pula dengan guna online. Pada aku kenapa tak convert saja data dalam SSM ke APDM. Tak perlulah kami sebagai guru kelas kena buat kerja yang sama dua tiga kali. Ini namanya tak cerdik orang yang merancang program ni. Sebabnya bila kena buat kerja yang sama dua tiga kali dah membazir masa, meningkatkan kos dan sebagainya.

Rabu, 8 Februari 2012

Mesyuarat PIBG

Minggu lepas, sekolah aku buat mesyuarat agung PIBG yang dirasmkan oleh bekas guru yang pernah jadi pemimpin ditempat aku. Dalam ucapan perasmian itu disebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang cikgu-cikgu perlu buat apabila dilihat suasana hari ini yang memerlukan perubahan dari segi adap tingkah laku anggota masyarakat hari.

Dia menimbulkan isu ibu bapa hari ini dah tak sama macam dulu. Bila anak yang mengambil peperiksaan apa jua, diharapkan akan dapat kejayaan yang cemerlang seperti 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM dan sebagainya. Kalau dulu ibu bapa sekadar ingin anaknya lulus sahaja tapi sekarang bukan itu yang diharapkan. Dia bagi contoh isterinya yang malu dan tak sanggup keluar rumah bertemu jiran-jiran hampir dua minggu kerana anaknya hanya dapat 4A 1B dalam UPSR. Itulah yang berlaku dan dia harap cikgu-cikgu  dapat bertugas dengan lebih kuat lagi untuk memenuhi harapan ibu bapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...