Selamat Datang

Rabu, 8 Februari 2012

Mesyuarat PIBG

Minggu lepas, sekolah aku buat mesyuarat agung PIBG yang dirasmkan oleh bekas guru yang pernah jadi pemimpin ditempat aku. Dalam ucapan perasmian itu disebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang cikgu-cikgu perlu buat apabila dilihat suasana hari ini yang memerlukan perubahan dari segi adap tingkah laku anggota masyarakat hari.

Dia menimbulkan isu ibu bapa hari ini dah tak sama macam dulu. Bila anak yang mengambil peperiksaan apa jua, diharapkan akan dapat kejayaan yang cemerlang seperti 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM dan sebagainya. Kalau dulu ibu bapa sekadar ingin anaknya lulus sahaja tapi sekarang bukan itu yang diharapkan. Dia bagi contoh isterinya yang malu dan tak sanggup keluar rumah bertemu jiran-jiran hampir dua minggu kerana anaknya hanya dapat 4A 1B dalam UPSR. Itulah yang berlaku dan dia harap cikgu-cikgu  dapat bertugas dengan lebih kuat lagi untuk memenuhi harapan ibu bapa.


Isu yang kedua bila dia pergi isi minyak kereta dimana terpaksa beratur menunggu giliran tetapi ada sebuah kereta yang memotong giliran beliau dengan selamba sahaja untuk mengisi minyaknya. Setelah selesai tanpa segan silu terus berlalu begitu sahaja tanpa memohon maaf dan sebagainya. Inilah tingkah laku yang cikgu-cikgu kena perbetulkan di kalangan anak-anak didik di sekolah kini katanya.

Pada aku apa yang berlaku hari ini dalam masyarakat, tidak boleh menuding jari kepada guru-guru disekolah sahaja. Kerja mendidik masyarakat dan rakyat adalah tanggungjawab bersama. Semua orang baik pemimpin diperingkat apa sekali pun mestilah sama-sama bertanggunjawab. Kalau suasana yang ada disekeling tidak baik, bagaimanakah masa berada disekolah yang begitu singkat bersama guru boleh membentuk tingkah laku yang baik di kalangan pelajar-pelajar.

Murid-murid didik di sekolah hanya lebih kurang 6 hingga 7 jam sahaja sedangkan waktu berada diluar lebih lama dari itu. Di sekolah mereka diajar untuk menghayati tingkah laku yang baik tetapi diluar mereka bertemu dengan segala macam perkara yang bertentangan dengan apa yang dipelajari disekolah. Malah itu mempengaruhi sebahagian besar tingkah laku mereka.

Oleh itu untuk membentuk masyarakat dan rakyat yang berbudi bahasa, beradap sopan dan sebagainya semua pihak mestilah bertanggungjawab bersama-sama membina biah atau suasana yang baik. Dengan ini barulah dapat diwujudkan apa yang diharapkan itu... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...