Minggu lepas, sekolah aku buat mesyuarat agung PIBG yang dirasmkan oleh bekas guru yang pernah jadi pemimpin ditempat aku. Dalam ucapan perasmian itu disebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan apa yang cikgu-cikgu perlu buat apabila dilihat suasana hari ini yang memerlukan perubahan dari segi adap tingkah laku anggota masyarakat hari.
Dia menimbulkan isu ibu bapa hari ini dah tak sama macam dulu. Bila anak yang mengambil peperiksaan apa jua, diharapkan akan dapat kejayaan yang cemerlang seperti 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM dan sebagainya. Kalau dulu ibu bapa sekadar ingin anaknya lulus sahaja tapi sekarang bukan itu yang diharapkan. Dia bagi contoh isterinya yang malu dan tak sanggup keluar rumah bertemu jiran-jiran hampir dua minggu kerana anaknya hanya dapat 4A 1B dalam UPSR. Itulah yang berlaku dan dia harap cikgu-cikgu dapat bertugas dengan lebih kuat lagi untuk memenuhi harapan ibu bapa.