Selamat Datang

Isnin, 7 Oktober 2013

Surat terbuka untuk Menteri Pendidikan


Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.

Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.

Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.

Jumaat, 5 April 2013

Sistem mengarut bebankan guru



Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini.
Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.
Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi.

Isnin, 28 Januari 2013

Musim persekolahan telah bermula 2013

Dah hampir sebulan sekolah dibuka, guru-guru dan murid-murid sibuk dengan kerja masing-masing. Persediaan untuk persekolahan dibuat seminggu sebelum sekolah dibuka. Mesyuarat pertama dibuat dalam bulan Disember bagi memudahkan guru bersedia dengan RPT dan RPHnya. Disamping menyiapkan banyak kerja lain. Apabila buka sekolah P&P dapat dijalankan dengan lancar. Memang baguslah tapi kebajikan guru terabai sebenarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...