Selamat Datang

Ahad, 26 Februari 2012

Kerja-kerja....

Minggu lepas aku dimaklumkan supaya masukkan nama dan kemaskinikan data pelajar kelas aku dalam SSM. Terpaksalah aku cari masa yang sesuai untuk masukkan data tu. Kerja-kerja lain pun banyak nak buat tak termasuk nak buat persediaan mengajar lagi. Jadi cikgu lani tak lah semudah dulu. Semua kerja tu nak cepat saja tarikh akhirnya. Memang kerja guru kelas macam tak boleh habis. Ada saja maklumat baru yang kena sediakan.

Kedatangan pelajar hari-hari kena tanda. Apa-apa yang berkait dengan pelajar jadi tugas guru kelas. Tak cukup di sekolah kena buat di rumah pula. Macam aku kata tadi, lepas saja siap aku masuk data dalam SSM, tiba-tiba datang pula arahan untuk kemaskini data pelajar dalam PKM pula dengan guna online. Pada aku kenapa tak convert saja data dalam SSM ke APDM. Tak perlulah kami sebagai guru kelas kena buat kerja yang sama dua tiga kali. Ini namanya tak cerdik orang yang merancang program ni. Sebabnya bila kena buat kerja yang sama dua tiga kali dah membazir masa, meningkatkan kos dan sebagainya.

Sedangkan banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat dan difokuskan terutama berkaitan dengan P&P. Masa tersebut boleh digunakan untuk merancang P&P yang berkesan kepada pelajar yang sebenarnya menjadi fokus utama seorang guru. Ini tidak, kerja-kerja kerani yang banyak kena buat dan sebab tulah kerja-kerja mendidik dan mengajar jadi tidak penting lagi kepada sesetengah guru. Akhirnya pelajar-pelajar terabai dan tidak mendapat pendidikan yang sebenarnya.

Pentadbir pula sentiasa memberi tekanan agar semua kerja-kerja ini siap pada waktunya kerana mereka pula mendapat tekanan dari PPD, JPN dan Kementerian. Pada aku program yang nak dilaksanakan tu bukan tak baik tetapi hendaklah dirancang dengan teliti sebelum dilaksanakan. Janganlah buat kerja yang bertindih dan berulang-ulang. Bukanya apa guru kena buat benda yang sama. Di sekolah tak sempat buat, kena siapkan di rumah. Kalau buat dirumah kena ada internet dan komputer.

Bila kena buat benda yang sama, maka membazir masa dan tenaga. Begitu juga dengan kosnya. Nak guna komputer dan internet kena bayar dari segi bil elektrik dan bil internet jika buat di rumah. Mujurlah ramai guru-guru yang tidak berkira dengan perbelanjaan ini. Apakah kementerian tidak nampak perkara ni?. Sudahlah kerja kena bawa balik rumah malah belanja elektirk dan bil internet pula kena bayar sendiri. Semua ni tak boleh claim. 

Satu lagi masalahnya server yang digunakan sering terganggu dan lembab sangat. Ada saja gangguan bila nak online. Masa yang paling baik hanyalah selepas semua orang tidur pada pukul dua atau tiga pagi. Mana ada orang kerja siang malam tak perlu tidur tapi inilah pengorbanan seorang guru bila nak buat kerja-kerja sebegini. Orang lain sedap saja dapat tidur nyenyak tanpa gangguan tapi cikgu terpaksa bersengkang mata kerana nak siapkan kerja. Inilah kesannya bila semua kerja nak guna online sedangkan prasarana dan kemudahan internet masih lagi terpaksa berbayar dan tidak meliputi seluruh negara.

Di negara maju seperti Korea dan Jepun dikatakan kemudahan internet ini boleh di akses di mana-mana saja secara percuma. Sebab itu mereka menjadi maju dengan berkali ganda dari Malaysia walaupun mereka suatu masa dulu  setaraf dengan negara kita. Negara kita juga nak maju tapi kemudahan yang disediakan jauh lebih mundur dari negara tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...