Selamat Datang

Sabtu, 3 Mac 2012

Cikgu kena sambut anak murid setiap hari.....

Hari ni aku dibagi tau bahawa Hari Isnin depan  ada pemantauan dari PPD nak mai sekolah tengok perlaksanaan program guru sambut anak murid ke sekolah supaya murid-murid ini seronok nak mai sekolah. Nampaknya beban jadi cikgu ni semakin hari semakin banyak sampai tak terpikul pulak. Dah la kerja bertimbun-timbun sampai rasanya masa yang Allah beri tu tak cukup 24 jam sehari. Kalau boleh nak tambah lagi.

Beberapa hari lepas, ada kemalangan kereta terbalik dekat dengan jalan ke sekolah aku. Dimaklumkan kemalangan itu melibatkan seorang guru. Nasib baiklah dia tak mengamalami sebarang kecederaan pun. Bila ditanya bagaimana ia boleh berlaku. Katanya ditertidur semasa memandu...mengantuk sangat sebab nak selesaikan kerja malam tu jadi terpaksa kurang tidur. Akhirnya inilah kesannya....tapi mengapalah kementerian, JPN dan PPD tidak mengambilkira hal ini. Apakah kerja mereka hanya memikirkan sesuatu yang baru dan semua perlaksanaannya  dihentak ke bahu guru-guru.


Akhirnya guru-guru yang terbeban dengan tugas yang tidak logik dan rasional sehinggakan kerja sebenar guru untuk mendidik dan mengajar murid sudah menjadi tidak penting lagi.Sebagaimana yang pernah aku sebutkan dalam entry yang lalu betapa banyaknya tugas guru yang perlu diselesaikan saban hari.

Dua hari lepas, sekolah aku memberi taklimat supaya semua guru mengemaskini data masing-masing melalui on-line e-operasi. Ini satu hal lagi kerana sebelum ini semua kerja ini dibuat oleh guru data yang hanya ada waktu mengajar sebanyak 12 waktu sahaja berbanding dengan kami guru-guru lain yang mempunyai waktu mengajar sehingga 24 atau 25 waktu seminggu. Bukan itu sahaja, bila ada guru yang tidak hadir terpaksa ganti mereka sebanyak 2 hingga 3 waktu seminggu. Bila ditambah bilangan waktu seminggu hampir 27 hingga 28 waktu. Itu baru kelas P&P. Sebelum ini Emis dibuat oleh guru data dan bila kami sendiri yang kena kemaskini, apa pula kerja mereka dengan jumalah waktu kelas yang sedikit itu.

Bila ada orang kata kerja guru ni tak sampai 9 jam macam kerja kat ofis yang baliknya pada pukul 5 petang. Pada aku mereka yang tak jadi guru, tak tahu apa yang berlaku. Kalau nak kira kami guru ni kerja sebenarnya lebih dari sembilan jam. Contohnya masuk kerja waktu pagi jam 7.20 pagi sehingga 1.35 tengahari. Sambung pula dengan berbagai mesyuarat yang selalu diadakan. Biasanya dari jam 1.35 tengahari hingga pukul 3.15 petang. Seterusnya ada aktiviti kokurikulum, latihan sukan, 1murid 1 sukan dan sebagainya mulai pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. Lepas tu hari Sabtu pula orang lain cuti, kami sentiasa ada program dengan murid tak kira minggu pertama atau ketiga yang NUTP dah maklumkan tidak boleh buat sebarang aktiviti tapi kami kena LADAPlah, Program Keceriaanlah, Jogathonlah, dan sebagainya.

Memang kami kadang-kadang cemburu sangat pada orang kerja ofis di pejabat. Walaupun kerja sampai pukul 5, tapi setiap hari Sabtu hujung minggu boleh bawa anak isteri pergi berehat dan melancong atau mengemas rumah bersama keluarga. Dah tu kerja tak perlu bawa balik ke rumah. Kalau tak siap boleh sambung esok kat ofis. Sedangkan kami bawa balik buku-buku latihan pelajar atau murid-murid untuk semak, buat persediaan mengajar untuk esoknya, siapkan soalan ujian dan peperiksaan serta latihan....

Kalau nak cerita tak habislah...Contohnya masa nak exam, cikgu kena sediakan soalan ikut JSU, kena taip soalan, JSU dan cetak. Lepas tu terpaksa staplerkan semua soalan mengikut bilangan murid di setiap kelas tanpa bantuan sesiapa. Kalau ramai murid, banyaklah kerja yang nak kena buat seperti matapelajaran BM,BI atau semua subjek teras. Lepas tu kena sediakan skema jawapan dan buat pemeriksaan kertas jawapan dan beri markah. Markah pula kena masuk dalam SAP dan SAPS on-line, sedangkan kedua-dua itu perkara yang sama perlu dibuat kerana SAP nak kena hantar ke PPD dan SAPS kena hantar ke JPN. Jadi dah kena buat kerja dua kali. Tak ke bodoh namanya. Lepas habis semak dan beri markah, nak kena buat pula analisis item untuk lihat soalan yang disediakan samada valid atau tidak......itulah contoh salah satu kerja-kerja  cikgu yang kena buat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...