Selamat Datang

Rabu, 6 Julai 2011

Kebajikan guru

Hari ni ramai kawan-kawan aku merungut-rungut tentang kerja yang terpaksa dihadiri pada setiap hari sabtu. Dahlah cuti pertengahan tahun baru-baru ni hanya dapat seminggu sahaja sebab  wajib kena buat kelas tambahan pada murid. Jadi kalau nak kira cuti, dah tak macam dulu. Guru dulu banyak cutinya. Tapi kini tak macam tu. Cuti pun kena sekolah dan buat kelas tambahan supaya prestasi peperiksaan murid akan bertambah baik. Inilah yang dikatakan pendidikan masih lagi berorientasikan peperiksaan.



Kalau prestasi peperiksaan merosot, guru juga yang kena jawab. Apa yang cikgu dah buat? Macam mana keputusan merosot atau jatuh. Cikgu makan gaji buta ke? Cikgu dah dilatih secara profesional. Kalau keputusan jatuh bermakna cikgu tak buat apa-apa yang boleh meningkatkan kecemerlangan murid. Akhirnya cikgu juga yang dipersalahkan walaupun set pelajar tidak sama setiap tahun. Kalau set pelajar itu baik biasannya keputusan peperiksaan juga baik. Tapi kalau dapat set pelajar tahun tu teruk, jangan haraplah keputusan yang diperolehi tu baik. Ada kawan aku kata kalau dapat set pelajar jenis tu, dapat guru turun dari langit pun yang mengajar, tak boleh nak ubah keputusan peperiksaan jadi baik.

Tetapi Pengarah Pelajaran, Pegawai PPD dan Pengetua memberi tekanan kepada guru-guru jika keputusan jatuh. Sekarang ni pun matlamat nak capai Perak Top Five, macam-macam diarahkan agar guru-guru wajib buat program itu dan ini dan keputusan itu mesti dapat dicapai. Yang hairannya dibuat perbandingan pencapaian di negeri Terengganu atau Kelantan. Dalam keadaan suasana yang berbeza di Perak ni, mana boleh nak buat perbandingan macam tu. Aku ni ramai kawan-kawan dari negeri tersebut dan sering juga berbincang bagaimana mereka boleh mencapai tahap seperti sekarang.

Di Kelantan sebuah negeri yang rata-rata penduduknya mempunyai kefahaman Islam yang mendalam. Bila ada kefhaman Islam ini, maka menuntut ilmu itu menjadi keutamaan dalam kehidupan. Masyarakatnya berlumbab-lumba mengalakan anak-anak untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Hatta  setiap orang nak anak mereka mencapai kejayaan cemerlang. Sebab itulah sekolah-sekolah agama YIK telah menunjukkan prestasi yang cemerlang bila melahirkan pelajar-pelajar terbilang dalam negara. Kekuatan berkaitan dengan kefahaman beragama telah menjulang kesungguhan untuk belajar walaupun keadaan taraf hidup yang masih lagi sederhana.

Di Terengganu pula, kawan aku sebut mulai tahun 1999 Jabatan pelajaran telah menerima peruntukan dari wang ehsan untuk memajukan pendidikan negeri. Kelas tusyen telah diberikan kepada semua pelajar dinegri tersebut tidak kira sama ada pelajar miskin atau sebaliknya dengan guru yang mengajar diberi imbuhan yang sewajarnya. Kelas- kelas tambahan di waktu malam dibuat oleh semua sekolah. Guru dijaga kebajikan mereka denga imbuhan tersebut dan semuanya berpuashati walaupun dalam keadaan penat dan letih kerana bekerja siang dan malam. Jika ada ibu bapa yang tidak menghantar anaknya ke kelas tambahan, ia menjadi suatu yang pelik di kalangan masyarakat di sana.

Peperiksaan di seluruh negeri dibuat serentak dengan menggunakan kertas yang sama tidak kira samada diperingkat UPSR,PMR,SPM dan STPM. Guru guru pengubal soalan di ambil daripada mereka yang penah terlibat dalam pembinaan item peringkat Kebangsaan. Mereka ini dikumpulkan di suatu tempat yang eksekutif untuk menghasilkan bahan yang bermutu tinggi. Kawan aku kata biasanya ditempatkan di hotel-hotel lima bintang. Seterusnya mereka ini mendapat semua kemudahan tuntutan dan sebagainya sebagai imbuhan atas penat lelah mereka dan dimaklumkan mereka akan dihadiahkan lap top pada setiap orang yang telah menyumbangkan mengubal kertas peperiksaan. Malahan mereka ini telah membuat penyelarasan peperiksaan diperingkat pertengahan dan akhir tahun dengan menggunakan soalan yang sama di seluruh negeri. Inilah sedikit penghargaan yang sepatutnya diterima oleh guru-guru itu.

Di Perak apa guru-guru dapat apabila memberi sumbangan seperti tersebut. Nak claim tuntutan perjalanan pun guna tambang teksi satu tempat duduk. Kalau bawa kereta sendiri hanya boleh tuntut 20 sen bagi satu kilometer. Mana kebajikan guru? Nak dapat keputusan yang baik tapi kebajikan guru tak di jaga. Itulah hakikatnya. Jadi janganlah mengharapkan yang terbaik kalau tidak dapat menjaga hak-hak dan kebajikan guru-guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...