Hari ni ramai kawan-kawan aku merungut-rungut tentang kerja yang terpaksa dihadiri pada setiap hari sabtu. Dahlah cuti pertengahan tahun baru-baru ni hanya dapat seminggu sahaja sebab wajib kena buat kelas tambahan pada murid. Jadi kalau nak kira cuti, dah tak macam dulu. Guru dulu banyak cutinya. Tapi kini tak macam tu. Cuti pun kena sekolah dan buat kelas tambahan supaya prestasi peperiksaan murid akan bertambah baik. Inilah yang dikatakan pendidikan masih lagi berorientasikan peperiksaan.