Peperiksaaan PMR telah selesai. Hari ini aku kembali bertugas ke sekolah seperti biasa setelah hampir seminggu menjadi Pengawas peperiksaan PMR. Sebaik sahaja tiba di sekolah aku dipanggil oleh pentadbir Penolong Kanan kerana aku tidak selesai memasukkan markah dalam SAPS. Dalam mesyuarat di PPD semalam, PK aku telah ditegur oleh PPD kerana kemasukan markah bagi peperiksaan percubaan PMR dan SPM masih tidak lengkap bagi sekolah aku. Teguran itu menyebabkan beliau melenting dan dimaklumkan beberapa guru sekolah aku yang tidak memasukkan markah tersebut telah dihubungi oleh beliau selesai dari mesyuarat. PK aku minta agar dimasukkan juga markah tersebut.
Selamat Datang
Selasa, 11 Oktober 2011
Ahad, 9 Oktober 2011
UMNO TERDUDUK!!! Bekas Pengarah Pendidikan Negeri dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM sertai PAS
TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.
Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.
"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.
Rabu, 21 September 2011
NKRA.....
Dua hari berturut-turut berita disiarkan dalam akhbar harian tentang dua murid darah enam dikurung dari mengambil peperiksaan UPSR. Bila ditanya kepada murid-murid itu dikatakan guru cakap mereka tak pandai. Itulah alasan mengapa murid itu tidak dibenarkan mengambil peperiksaan tersebut.
Selasa, 13 September 2011
Sense of urgency
Baju Koporat....
Hari ini dapat berita di sekolah dah tak boleh pakai baju koporat sebab bukan baju rasmi bekerja. Tapi Pengetua masih belum umumkan. cuma dapat tahu dari kawan-kawan yang dah diberi makluman oleh Pengetuanya. Baju pun jadi isu... Apa rasionalnya tak bagi cikgu pakai baju koporat tu...
Isnin, 12 September 2011
Esok UPSR bermula...
Tahun ini seorang anakku akan mengambil UPSR dan PMR. Aku harap mereka dapat menjawap peperiksaan ini dengan baik. Esok anak ku yang akan ambil UPSR akan bermulalah peperiksaannya. Aku sangat kagum dengan kesungguhan guru-guru sekolahnya memberi kelas tambahan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan ini. Sejak dari awal tahun lagi sudah bermula kelas tersebut pada setiap hari kecuali hari Rabu disebabkan ada kokurikulum. Hari lain dari Isnin hingga Jumaat dibuat kelas tambahan dari pukul 2 hingga 4 petang.
Rabu, 7 September 2011
Hari Raya tahun ...
Dah seminggu lebih hari raya aidlfitri berlalu. Ada diantara kawan aku yang dah raya untuk puasa enam syawal. Aku baru nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batinpada semua yang kenal aku. Lama dah aku tak sempat tulis entri baru. Maklumlah sibuk sekarang ni dengan sence of urgency. Sebelum raya sibuk pemantauan dibuat oleh PPD dan JPN. Banyak sekolah dah dipantau nak tengok program sence of urgency samada berjalan atau tidak. Jadi smua sekolah sibuklah dengan program masing-masing untuk murid-murid UPSR,PMR dan SPM.
Langgan:
Catatan (Atom)