Selamat Datang

Selasa, 11 Oktober 2011

Guru Diajar Menipu

Peperiksaaan PMR telah selesai. Hari ini aku kembali bertugas ke sekolah seperti biasa setelah hampir seminggu menjadi Pengawas peperiksaan PMR. Sebaik sahaja tiba di sekolah aku dipanggil oleh pentadbir Penolong Kanan kerana aku tidak selesai memasukkan markah dalam SAPS. Dalam mesyuarat di PPD semalam, PK aku telah ditegur oleh PPD kerana kemasukan markah bagi peperiksaan percubaan PMR dan SPM masih tidak lengkap bagi sekolah aku. Teguran itu menyebabkan beliau melenting dan dimaklumkan beberapa guru sekolah aku yang tidak memasukkan markah tersebut telah dihubungi oleh beliau selesai dari mesyuarat. PK aku minta agar dimasukkan juga markah tersebut.


Yang aku hairan markah yang hendak dimasukkan itu bukanlah matapelajaran yang terlibat dengan peperiksaan percubaan PMR dan SPM. Antaranya ialah matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Siviks bagi PMR. Begitu juga bagi SPM ialah matapelajaran PJK. Mata pelajaran ini tidak terlibat dalam peperiksaan percubaan dan sudah tentulah markahnya tiada. Jadi bagaimanakah boleh diadakan markah untuk subjek yang tidak dibuat peperiksaan. Pada aku inilah kerja menipu namanya. Semua guru yang terlibat wajib memasukkan markah walaupun tiada peperiksaan.

Kerja itu ibadah. Setiap ibadah ada ganjarannya dengan diberi pahala. Begitu juga kerja yang berbentuk maksiat sudah tentu akan dikira dengan dosa. Jadi kalau guru-guru diajar menipu dengan memasukkan markah yang 'tiada' tetapi direka-reka supaya ada, maka kerja ini dinamakan kerja menipu dan sudah tentulah berdosa. Siapa yang akan menanggung dosa ini melainkan orang yang melakukannya. Namun begitu guru tidak boleh dipersalahkan kerana hanya menurut perintah dari PK. PK pula menurut arahan dari PPD dan PPD pula mengikut arahan JPN dan KPM. Cumanya sebagai guru, ia masih bersyubahat sekiranya tidak menegur arahan daripada orang atasan berkaitan hal maksiat ini. Sebabya menipu adalah dilarang oleh Allah dan merupakan perbuatan yang berdosa. Jika guru itu hanya menurut sahaja dengan tidak berani menasihati orang atasan, maka dia juga turut berdosa. Sebaliknya jika dia telah memberi nasihati dan terpaksan melaksanakannya, maka dia sudah terlepas dari dosa kerana semua kesalahan dan dosa itu akan ditanggung oleh orang yang mengarahkannya. Sesungguhnya tiada ketaatan kepada mahkluk atau manusia jika bermaksiat kepada Allah.

Pada aku arahan supaya memasukkan markah yang tidak ada peperiksaannya adalah suatu arahan yang bangang tak kira dari sesiapa juga. Tanggunglah dosa beribu-ribu orang guru yang diarahkan untuk memalsukan markah pelajar dalam SAPS ini. Membuat arahan yang tidak rasional ini biasanya datang daripada orang gila. Sebab itu aku nak kata ia berpunca dari kepala. Dalam peribahasa cina menyatakan 'ikan busuk bermula dari kepala'. Jadi kalau pimpinan negara juga korup,menyeleweng sesuka hati, tidak beriman dan tidak takut kepada Allah maka semua yang dibawahnya juga akan turut sepertinya.

Hari ini rata-rata guru sudah tidak menyokong pemerintah yang ada kini. Pilihanraya juga semakin hampir tak lama lagi. Dengan bajet yang dibentangkan baru-baru ini, pastinya tumpuan diberikan kepada kakitangan di kementerian pelajaran yang menjadi fokus utama untuk meraih sokongan. Oleh itu dilihat contoh yang dibuat dalam belanjawan telah menyebut contoh guru yang kononnya boleh mengambil hati kaum guru. Daripada yang aku perhatikan, sokongan kaum guru kepada pemerintah hari ni semakin menipis. Malah kebencian mula menular di kalangan guru kepada pemerintah. Rata-rata guru-guru di sekolah tidak bersetuju denga dasar-dasar yang dilaksanakan kerana bebanan kerja yang semakin hari- semakin meningkat. Oleh itu tidak hairanlah ramai diantara guru-guru yang mengalami tekanan dan gangguan mental semakin hari semakin bertambah.

Apakah dengan bajet 2012 itu dapat menarik kembali sokongan kaum guru kepada pemerintah? Pada aku yang hari-hari bersama dengan rakan guru-guru yang lain tidak melihat ia sebagai satu perkembangan yang positif dalam belanjawan tersebut. Yang dijaga dan dibelai hanyalah orang atasan sahaja denga pelbagai intensif tetapi bagi guru-guru haprak ni tidak ada suatu pun yang boleh menggembirakan hati mereka. Rata-rata mereka ini inginkan perubahan baru dan masanya tidak lain hanya ketika PRU 13 yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...