Selamat Datang

Rabu, 19 Oktober 2011

Sekolahku....

Salam,

Semalam sekolah ku dilawati oleh pemantau dari PPD yang datang seramai lebih kurang 6 orang. Tuuan lawatan ini untuk melihat pengurusan kurikulum dan program kecemerlangan tingkatan 5. Jadi kami para guru telah diminta bersiap sedia untuk memberi dan menyerahkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan. Dikatakan bahawa lawatan ini juga ada kaitannya dengan sense of urgency yang menjadi agenda utama Pengarah JPN pada tahun ini.

Oleh itu sehari sebelum kedatangan mereka, sibuklah kami menyediakan dan melengkapkan apa yang diperlukan. Semua guru menjadi sibuk sehingga ada yang lewat pulang ke rumah. Malahan ada guru yang mematikan handphonenya sehingga suami yang menunggu untuk pulang, telah menelefon beberapa kali tetapi tidak dijawab oleh siisteri. Bosan juga suami bila isteri tak angkat atau menjawap penggilan yang dibuat.


Kehadiran para pegawai PPD ini disambut oleh Pengetua dan dibawa untuk bersarapan terlebih dahulu. Seterusnya mereka dibawa ke bilik Pusat Sumber untuk diberi taklimat oleh Pengetua dan memeriksa semua dokumen yang dikehendaki. Disamping itu juga beberapa orang telah membuat pemantauan P&P di bilik darjah untuk melihat guru-guru melaksanakan P&P mereka.

Setelah selesai pemeriksaan dokumen-dokumen, para pelajar tingkatan lima telah dihimpunkan untuk diberi taklimat dan motivasi oleh pegawai  PPD. Ini diikuti dengan taklimat untuk semua guru-guru tingkatan lima dan pentadbir sekolah.

Dalam taklimat tersebut, hasil dapatan dari pemantauan yang dilakukan terdapat beberapa perkara yang masih tidak kemas dan perlu dibuat penambahbaikan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah. Antaranya ialah berkaiatan dengan pengurusan kurikulum dimana beberapa subjek tertentu yang hanya mencapai keputusan 40% ke bawah perlu ditingkatkan lagi dalam semua aspek. Begitu juga masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah semakin bertambah terutama diakhir-akhir ini. Disamping itu bebarapa perkara yang berkaitan dengan 'house keeping' perlu diperbaiki.

Namum apa yang mengejutkan pegawai-pegawai dari PPD itu ialah melihat ada kelsa yang tidak mempunyai kerusi dan meja yang lengkap. Kebetulan kesal tersebut pelajar-pelajar semuannya tidak hadir. Oleh itu meja yang ada di dalam kelas itu hanya 3 buah dan tidak ada satu pun kerusi. Sudahlah tiapa pelajar, kerusi meja pun tiada walaupun nama kelas ada.

Sebenarnya itulah keadaan disekolah aku yang hanya diberi bantuan modal sahaja. Segala kelangkapan pembangunan sekolah perlu diusahakan sendiri oleh pihak sekolah. Nak sediakan kerusi meja kena cari sendiri. Papan putih yang dah lusuh dan rosak tak berganti juga kena beli sendiri. Nak tambah bangunan atau baiki bangunan juga kena cari sendiri. Apa lagi yang berkiatan denga prasarana semunaya kena usaha sendiri. Tak macam sekolah yang dapat bantuan kerajaan, semua yang rosak boleh dapat ganti yang baru dengan mudah sahaja. Oleh itu suasana waktu pagi di sekolah aku akan kelihatan pelajar-pelajar yang mengusung meja dan kerusi masuk ke kelas masing masing. Sebabnya kerus dan meja itu digunakan di dalam kelas lain pada waktu persekolahan sesi petang. Jadi berlakulah pergerakan meja dan kerusi pada waktu pagi dan petang.

Kadang-kadang sedih juga bila lihat keadaan ini kerana kemudahan asas seperti ini pun tidak dapat disediakan. Sepatutnya pelajar datang dan masuk ke kelas yang sudah tersedia meja dan kerusi untuk meneruskan aktiviti pembelajaran. Namum begitulah sekolah aku yang sudah lama suasana ini wujud dan tak siapa yang ambil peduli, baik dari PPD, JPN atau Kementerian Pelajaran. Kalau dapat pun sikit sangat seperti baiki bangunan yang dah dimakan anai-anai baru-baru ini.Alasan yang sering aku dengar , sekolah kami sekolah bantuan modal yang tiada peruntukkan atau budjet untuk perbelanjaan pembagunan.

Saban tahun kami guru-guru dan PIBG mengadakan program-program mencari dana kewangan sendiri bagi tujuan pembangunan prasarana sekolah. Banyak program yang dibuat setiap tahun seperti jogathon, walkthon, ceriathon dan sebagainya. Ini semua untuk dapatkan duit beli kerusi ,meja, membaiki tandas, blik darjah dan sebagainya. Mujurlah Pengetua aku ni seorang yang sangat kreatif mencari dana kewangan. Dapatlah juga setiap tahun kami menggantikan kerusi dan meja yang rosak walaupun untuk mendapatkan kerusi meja yang lengkap masih belum tercapai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...