Selamat Datang

Selasa, 25 Oktober 2011

Negaraku....

Hari ini cuti sempena Deepavali, aku sempat melayari blog-blog dengan masa yang lebih banyak lagi tidak seperti hari-hari bekerja yang lain. Dalam masa aku mengakses berita-berita yang terkandung dalam blog, aku tertarik dengan kupasan tentang laporan Ketua Audit Negara yang tidak dapat dibentangkan serentak dengan bajet 2011 baru-baru ini. Diantara lapaoran tersebut termasuklah laporan tentang Kementerian Pelajaran seperti berikut:

'KEMENTERIAN PELAJARAN
RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.'.


Apa yang menghairankan aku adalah begitu besarnya perbelanjaan penggunaan wang rakyat, hanya dua buah makmal sahaja yang siap dan lengkap. Yang lain jadi apa dan macammana? Kemanakah perginya wang beratus juta itu. Kenapa tiada  siasatan  dibuat oleh pihak yang bertanggunjawab? Semua menjadi tandatanya dalam pemikiran aku?

Apabila P&P dalam Sains dan Matematik  (PPSMI) digantikan dengan MBM dimaklumkan terdapat banyak kelemahan yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan hanya sedikit manafaat diperolehi apabila matapelajaran sains dan metematik diajar dalam bahasa Inggeris berbanding dengan kos yang sanagt tinggi yang ditanggung oleh rakyat. Oleh itu dikatakan dasar yang dibuat tidak dikaji dengan terperinci dan hanya semata-mata untuk memenuhi nafsu politik dan kepentingan pihak tertentu sahaja.

Senua ini dapat dilihat apabila P&P kononnya diajar melalui pengguna alat teknologi maklumat dengan menyediakan kepada semua guru-guru PPSMI dengan laptop yang menelan belanja ratus ribu ringgit. Disamping itu bagi guru-guru PPSMI diberi elaun sebanyak 5 hingga 10 peratus dari gaji termasuk guru-guru bahasa Inggeris sendiri. Berapa banyak belanja yang perlu ditanggung oleh rakyat. Latihan dan kemahiran yang diberi melalui kursus-kursus bahasa Inggeris kepada guru-guru juga melibatkan kos yang besar. Disamping itu peralatan dan kelengkapan ICT di bilik darjah disediakan seperti LCD, P,A Sistem, Pendawaian eletrik dan Layar LCD memakan belanja yang sangat besar. Malangnya di kebanyakkan sekolah, alatan tersebut ibarat gajah putih yang tidak lagi digunakan. Malahan kenayakkan alatan ini telah rosak begitu saja samada dirosakkan oleh pelajar atau terbiar rosak tanpa digunakan.

Yang untung ialah pembekal-pembekal peralatan tersebut. Setelah siap dipasang mereka akan dibayar tak kira samada digunakan atau tidak. Sebagaimana yang pernah aku sebut, sekolah aku selalu dinaiki air atau mengalami banjir. Dulu ketika pemasangan alatan elektrik dibuat oleh kontaktor, kami mencadangkan agar kotak tersebut dipasang ditempat yang lebih tingg agar selamat dari banjir. Namun apa yang kami cadangkan itu tidak diendahkan oleh mereka  dan jawapan yang diberikan ialah mereka terpaksa mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Akhirnya semua alatan itu rosak selepas banjir berlaku 3 hari selepas alat itu dipasang. Kawan aku berkata apa yang engkau peduli sangat. Pada mereka ialah wang. Habis selesai buat pemasangan mereka akan dapat habuan. Banjir ke apa mereka peduli. Jadi tak hairanlah jika berlaku pembaziran berleluasa, gejala rasuah dan penyelewangan semakin menjadi jadi,

Ini kerana tiada siapa ambil peduli dengan apa yang berlaku. Kalau pun berlaku ia tak ada kena mengena dengan diri kita. Selagi sesuatu keburukkan itu tidak kena pada batang tubuh seseorang, selagi itulah dia tidak akan ambil peduli. Jika kena barulah dia tahu langit tinggi atau rendah. Kesedaran untuk ambil peduli dikalangan rakyat atau masyarakat kini semakin lemah. Masing-masing menjaga tepi kain sendiri. Aku dengan kehidupan aku dan engkau dengan cara engkau. Inilah yang berlaku pada hari ini. Selagi kehidupan masing-masing tidak tertanggu, biarlah apa juga berlaku tidak perlu sapa-sapa ambil peduli.

Sebagai seorang pendidik aku tak sanggup untuk berdiam diri. Ketika mengajar dan bersama pelajar aku sering memberi nasihat dan menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai individu, ahli masyarakat dan rakyat dalam negara. Malahan aku tekankan juga tanggungjawab sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini sebagai suatu yang penting dalam kehidupan. Jangan biarkan kehidupan kita dan generasi kita akan datang berada dalam keadaan bahaya disebabkan sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku.Jangan biarkan negara kita muflis ditangan orang yang tidak amanah dan tidak mampu menguruskan negara dengan baik. Masih ramai pemimpin yang boleh mengurus dan mentadbir dengan jujur, amanah, bertanggungjawab. Oleh itu kita perlu berubah dalam mendapatkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada kini. Keberanian untuk berubah mesti ada dalam jiwa kita hari ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...