Selamat Datang

Jumaat, 28 Oktober 2011

Akhirnya...

Pagi tadi aku diberitahu bahawa seorang yang ternama di daerah ini telah kembali meninggalkan dunia yang fana ini. Beliau memang dikenali ramai kerana pernah menjadi Ahli Parlimen dan masih menjadi pemimpin parti sehingga kini. Oleh itu bagi penduduk di sini memang semua orang mengenali beliau. Tambahan pula beliau pernah berada di dalam Kabinet suatu ketika dulu.


Namun begitu beliau tidak disukai oleh ramai orang samada dalam partinya sendiri atau pihak lawan. Sebab itu dalam PRU 12 yang lalu, beliau telah tewas dalam pertandingan kerusi parlimen kerana beliaulah sebenarnya menjadi liabiliti kepada partinya. Oleh itu kemenangan pihak lawan dengan majoriti yang besar adalah kerana dikalangan ahli-ahlinya sendiri tidak menyokong beliau.

Seorang kawan aku yang terlibat dalam parti lawan ada menyebut bahawa beliau ni sangat teruk kerana sering  mengarahkan dan memanipulasikan jentera kerajaan bagi menghalang aktiviti pihak pembangkang. Dikatakan semua jentera kerajaan dikerah untuk tidak memberi kerjasama  seperti memberi kebenaran berceramah ditempat tertentu. Malahan di sebut juga pernah beliau meminta supaya diambil tindakan untuk menutup sebuah surau yang sangat terkenal dengan aktiviti-aktiviti pengajian yang berhampiran dengan rumah beliau. Memang surau tu dikenali sebagai tempat pembangkang tetapi tiada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

Beberapa jabatan kerajaan diarah untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas surau tersebut. Akhirnya aku dimaklumkan setiap kali diadakan pengajian di situ, jamaah surau tersebut akan melakukan solat hajat, memohon kepada Allah untuk memakbulkan tiga permintaan mereka supaya orang-orang yang mengarahkan agar surau itu ditutup diberi hidayah oleh Allah supaya sedar perbuatannya itu menentang Allah sebenarnya atau diberi balasan musibah yang setimpalnya semasa hidupnya atau pun dimatikan oleh Allah dengan segera. Dalam doa tersebut telah disebutkan nama-nama mereka itu dengan jelas oleh orang yang mengimamkan soalah hajat tersebut. Suatu perkara yang sangat mengerunkan hati yang mendengarnya.

Apakah doa jamaah surau tersebut telah dimakbulkan oleh Allah atau kebetulan sahaja aku pun tak berani kata. Yang aku belajar dari guruku bahawa doa orang yang dizalimi ini akan dimakbulkan Allah dengan segera. Oleh itu janganlah menzalimi sesiapa pun semasa hidup kita di dunia ini. Jika kita ada kuasa, ingatlah kuasa Allah lebih besar dari segala-galanya. Janganlah hidup kita ini disia-siakan dengan menentang Allah dan Islam. Nescaya jika cuba menentang agama Allah, Allah amat berkuasa di atas segala-galanya. Takutlah kita dengan siksaan dari Allah. Yang pasti hidup dan mati kita ditentukan oleh Allah.

Walaupun kadang-kadang aku juga tak bersetuju dengan cara mendoakan seseorang mendapat kemudaratan. Kalau boleh doakanlah agar Allah memberi keinsafan dan kesedaran kepada penentang-penentang agama Allah supaya bertaubat dengan tindakan mereka itu. Namun sesuatu yang berlaku itu boleh kita jadikan pengajaran dan iktibar dalam hidup kita dan orang-orang lain. Di sini aku ingin mengucapkan takziah kepada semua kaun keluarga beliau di atas pemergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau...Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...