Selamat Datang

Sabtu, 28 Mei 2011

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah dah mula pada semalam bagi cuti pertengahan tahun ni selama dua minggu. Tapi sekolah aku tak cuti bagi pelajar yang akan ambil PMR dan SPM. Guru dan pelajar kena datang untuk kelas tambahan selama 5 hari mulai hari Sabtu sampai hari Khamis ni. Semua wajib hadir sebab ini program sekolah. Jadi cuti kami guru pun dah kuranglah. Ingatkan masa cuti nilah nak tengok anak-anak sendiri. Tapi nampaknya kena jaga anak orang juga. Nasiblah anak sendiri tu hanya dapat bagi masa yang sedikit sahaja.



Kalau masa persekolahan, memang tak dapat nak bersama-sama anak sebab masing-masing duduk asrama. Cuti-cuti sahaja yang boleh duduk bersama. Tapi bila dah kena pergi sekolah, tinggallah mereka sendiri. Sekolah pula paksa guru buat kelas tambahan sebab nak naikkan prestasi sekolah. Semua guru kena buat. Dahlah kerja makin bertambah dan sentiasa berubah-rubah sistemnya. Dulu semua guru kena masukkan markah secara on line melalui sistem SISPA dan sekarang kena masukkan dalam sistem SAPS pulak. Dah la tu arahan untuk masukan markah tu hanya bagi masa yang singkat. Bila ramai yang online, tentulah traffik dia perlahan dan kadang-kadang terputus. Buat kat sekolah pakat berebut-rebut, maklumlah komputer tak banyak. Terpaksa buat dirumah dan yang tak ada internet terpaksa juga buat disekolah.

Nak masukkan markah tu pulak terpaksa cari masa yang sesuai sebab tak boleh buka. Ada kawan yang bangun pukul 3 pagi semata-mata nak key in markah dirumah. Kalau macam ni jadi cikgu dah kerja tak tentu masa. Bukan saja hari-hari kena disekolah, balik rumah pun masih lagi terpaksa sambung masa untuk siapkan kerja. Sebab tu orang yang tak jadi cikgu boleh kata kerja cikgu senang sebab cuti banyak. Tapi dia tak tau terpaksa kerja tak tentu masa.

Baru-baru ni , bila PM umumkan semasa hari guru tentang hadiah untuk guru, ramai dikalangan bukan cikgu yang kata untung jadi cikgu ni sebab kerajaan bagi macam-macam. Malah ada juga yang kutuk kata cikgu ni tak layak dapat macam tu sebab kerja cikgu senang. Pada aku apa yang diumumkan itu hanya untuk segelintir guru saja. Ribuan guru lain tak adapat apa-apa pun. Malahan yang dapat cuma guru pentadbiran sahaja. Yang lain tu boleh langut tengok saja dan mereka inilah sebenarnya yang kerja bertungkus lumus untuk menjayakan agenda pentadbiran.

Sebab tu setiap tahun bagi anugerah perkhidmatan cemerlang, salah satu kuotaanya untuk pentadbiran, di sekoah aku. Taip-tiap tahun mesti ada dikalangan guru pengurusan dan pentadbiran sekolah yang dapat APC. Giliran ini tak pernah habis sebab guru PK ini sentiasa bertukar orang. Kumpulan G8 ini akan bergilir dalam tempoh 8 tahun. Sudah tentu dalam tempoh ini akan ada pertukaran di kalangan mereka dan jika semua dah dapat APC, maka orang yang baru masuk pun akan dapat. Jadi kuota mereka sentiasa di isi.
Kawan aku kata, pengumuman tu sebenarnya nak lawan apa yang ditawarkan dalam buku jingga oleh Pakatan Rakyat. Mereka tawarkan RM500 sebulan untuk semua guru. Ini nampaknya lebih baik dari yang diumumkan oleh PM sebab semua guru dapat menikmatinya berbanding hanya segelintir guru sahaja yang berpeluang. Kawan aku kata guru ni cerdik. Mereka boleh fikir sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...