Selamat Datang

Rabu, 22 Jun 2011

Peperiksaan

Minggu lepas baru balik mesyuarat kat SA. Jadi, dah tiga minggulah tak jumpa anak murid di sekolah sebab bila buka sekolah terus pergi mesyuarat. Minggu ni baru bertemu dengan anak-anak didik yang tengah semangat nak belajar sebab peperiksaan SPM dah tak lama lagi. Jadi bila cikgu tak datang sekolah tertunggu-tunggulah mereka kononnya nak belajarlah. Bila kita ada disekolah tak ada pula yang nak tercari-cari untuk belajar. Inilah karenah murid-murid sekarang. Tapi yang rajin tu ada juga.



Bila peperiksaan semakin hampir, ramai anak murid yang dah mula gelabah sebab masa dah tak banyak. Tambah pula keputusan peperiksaan pertengahan tahun baru ni tak memuaskan. Ini menunjukkan masih banyak yang perlu dipelajari, diingat dan dihafal dalam masa yang tinggal ni. Kalau masih banyak yang tak ingat memanglah tak boleh nak jawab dalam periksa. Soalan peperiksaan sebenarnya taklah susah mana. Kalau murid belajar dengan bersungguh-sungguh memang mudah nak lulus sebab 50% soalan adalah aras mudah, 30% aras sederhana dan 20% sahaja aras sukar.

Jadi kalau mereka baca dan ingat serta faham apa yang dibaca, memang untuk lulus tu sangat mudah. Yang berlaku sekarang ni ramai pelajar dan murid yang malas untuk membaca. Bila dah tak baca dan tak ingat apa yang dibaca macamana nak jawap periksa. Memang tak boleh luluslah jawabnya.

Aku pun bila dah berumur ni dahtak boleh nak ingat banyak apa yang dibaca. Walaupun dah baca berulangkali tapi tak boleh nak ingat macam masa muda dulu. Masa jadi pelajar dulu, baca sekejab saja dah boleh ingat semua yang dibaca. Tak perlu ulang banyak kali. Tapi sekarang ni rupanya ingatan dah makin berkurang sebab tu bila cuba ambil kursus Diploma ni rasanya dah tak boleh. Minggu ni ada dua kertas peperiksaan. Walaupun setiap kertas tu taklah banyak sangat yang perlu dibaca tetapi otak ni dah tak boleh nak ingat fakta-faktanya.

Minggu lepas punya kertas yang dijawab pun tak confident sangat. Lulus tu mungkin tak jadi masalah tapi nak score dan dapat cemerlang tu. Soalan exam tu taklah payah sangat tapi sebab tak ingat apa yang dibaca jadi taklah boleh jawab dengan baik. Bukan soal tak baca tapi masalah nak ingat dah tak macam dulu. Walaupun dah buat macam-macam teknik mengingat tapi tak berjaya. Inilah tanda-tanda apa yang Allah kurniakan dulu telah di tarik balik sedikit demi sedikit. Dulu ingatan kita kuat tapi sekarang dah kurang. Dulu kita muda sekarang dah tua. Dulu kita sihat sekarang dah ada penyakit.

Jadi sebagai hambanya, hendaklah kita insaf akan diri bahawa semua yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata dari Allah. Oleh itu perbanyakkanlah amal kebajikan dengan mentaati segala perintahnya dan menjauhi segala larangan sementara kita masih hidup. Semoga Allah memberkati kehidupan di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...