Selamat Datang

Ahad, 26 Jun 2011

Lega


Hari ni alhamdulillah selesai lagi dua kertas peperiksaan. Rasa lega sangat sebab sepanjang minggu ni asyik sibuk dengan mengulangkaji pelajaran bagi nak menduduki peperiksaan. Dahlah sibuk dengan kerja-kerja yang memang tak berkesudahan, ditambah pula semangat nak belajar jadi ambillah kursus ni. Lagi pun ingat, menuntut ilmu itu hingga ke liang lahat. Samada nak buat secara formal atau tidak, bergantung pada masing-masing. Oleh sebab sibuk belajar maka anak-anak asyik tanya kenapa abah dan ummi asyik baca buku saja. Aku bagi tau, abah dengan ummi ambil peperiksaan jadi kenalah baca buku. Barulah boleh lulus peperiksaan tu.



Alhamdullilah berkat belajar walaupun tak macam masa muda dulu, dapat jugalah menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Sebab tu rasa lega sikit tunggu masuk final semester bulan depan. InsyaAllah jika lulus hujung tahun ni selesailah dan dapat bergraduat. Anak-anak pula bila tengok ibu bapanya belajar dan membaca setiap hari telah menjadi contoh buat mereka untuk belajar. Jadi secara tak langsung dapat bagi motivasi kepada anak-anak untuk terus tekun belajar.

Semester depan hanya tinggal empat subjek saja lagi. Dulu masa semester satu rasa lama sangat nak habiskan belajar. Tapi masa sebenarnya berlalu dengan pantas sekali. Sekarang dah semester akhir dan rasa sekejab sangat pula. Begitulah dunia ini berputar sepantas mungkin. Hanya manusia  yang leka dan lalai sahaja akan terus ketinggalan. Umur semakin pendek sebab kematian menunggu bila-bila masa. Oleh itu sedarlah bahawa manusia yang boleh memberi manafaat kepada orang lain sahaja yang beruntung di dunia dan di akhirat.

Setiap hari kini disiarkan berita tentang pro dan kontra perhimpunan bersih. Semua media massa perdana memaparkannya pada setiap hari. Aku pun dah boring dengan keadaan ni. Pada akulah, jika perhimpunan itu berjalan dengan aman tanpa ada provokasi dan sebagainya taklah menjadi masalah sangat. Macam perhimpunan-perhimpunan lain seperti Jom heboh, Sambutan Maulidul Rasul, Sambutan Hari Kebangsaan, Himpunan Sejuta Belia  dan sebagainya yang berlangsung dengan aman. Semuanya mempunyai niat yang baik datang ke sana, jadi tiada pun berlaku kekacauan, huru hara dan pergaduhan.

Tetapi jika yang datang berhimpun tu memang dengan niat yang jahat untuk mencetuskan huru-hara dan pergaduhan  memang aku tak sokong malahan aku juga turut menentang. Jadi bergantunglah pada niat masing-masing. Selama ni pun aku tak nampak setiap perhimpunan itu bertujuan untuk mencetuskan keadaan tidak aman dan sebagainya. Kalau berlakupun disebabkan oleh provokasi orang atau pihak tertentu sahaja. Oleh itu setiap pihak hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut undang-undang di negara ini. Penganjur perhimpunan mestilah memastikan mereka yang berhimpun itu mempunyai niat yang baik. Manakala pihak keselamatan bertanggungjawab menjaga keselamatan perhimpunan tersebut seperti menjaga keselamatan perhimpunan dalam majlis-majlis yang diadakan oleh kerajaan.

Dengan cara demilkian semua orang akan lega dengan tugas masing-masing. Masih belum pernah berlaku keadaan sebagaimana yang cuba digembargemburkan oleh setengah pihak bahawa akan berlaku suasana huru-hara jika perhimpunan itu berlaku. Malaysia sebuah negara yang aman damai dan diakui oleh negara-negara luar. Penduduknya yang berbilang bangsa dapat hidup dalam keadaan yang harmoni sehingga ke hari ini. Semua rakyatnya telah mendapat pendidikan yang sempurna melalui sistem pendidikan yang mendapat pujian segenap pelusuk dunia. Apakah kita masih tidak yakin dengan pendidikan yang diterima oleh rakyat kita lebih lima puluh tahun lalu. Kalau kita sendiri tidak yakin dengan pendidikan yang diterima oleh rakyat kita dalam soal mahukan keamanan dan ketenteraman dalam negara. Sudah tentulah sistem pendidikan kita masih belum berjaya mendidik rakyat bersatu padu dalam soal mahu sebuah negara yang aman dan makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...