Selamat Datang

Isnin, 27 Jun 2011

AMARAN UNTUK GURU-GURU

Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud menyelar Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mengugut untuk menggantung tugas dan gaji guru yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

 

“Penglibatan guru dalam himpunan itu, wajar dan haknya sebagaimana individu lain yang dijamin dalam Perlembagaan. Guru perlu turut sama bagi memeriahkan lagi sistem demokrasi negara,” katanya.

“Dakwaan himpunan itu menimbulkan kekacauan hanya ramalan kerana ia berlaku jika penentang Bersih dari kumpulan tertentu menimbulkan huru-hara,” katanya yang menyifatkan kenyataan Puad itu bakal merudumkan lagi indeks demokrasi negara. Nordin berkata, kenyataan Puad tidak profesional kerana perjuangan Bersih wajar dan tepat pada masanya.

“Kita sedia maklum, institusi pendidikan negara adalah antara tapak pengembangan sistem demokrasi melalui pendidikan di peringkat rendah. Pastinya, murid dididik oleh guru.

“Dua komponen ini penting ke arah pemahaman sistem demokrasi negara,” katanya kepada suara Keadilan.

“Bersih sejak beberapa tahun lalu, sudah melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkaitan. Malangnya, ia ditolak. Maka, wajar mereka mengadakan himpunan aman,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...