Selamat Datang

Selasa, 10 Julai 2012

Kimoterapi

Alhamdulillah setelah selamat menjalani pembedahan kansernya, isteriku kelihatan sihat sahaja. Jahitan pembedahan semakin baik dan elok. Mungkin disebabkan berhati-hati dan berpantang dalam pemakanan yang diambilnya.

Namun selepas beberapa hari, kelihatan bengkak seperti mengandungi air. Lama kelamaan satu tempat jahitan terbuka dan keluar air dengan banyaknya.

Aku membawa dia ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan bahawa ia suatu yang biasa dialami oleh pesakit selepas pembedahan. Cuma ia perlu dicuci setiap hari agar tidak dijangkiti oleh kuman. Terpaksalah aku membawanya setiap hari ke hospital untuk mencuci luka.

Ahad, 3 Jun 2012

Pembedahan isteriku...

Hari ini isteriku akan menjalani pembedahannya. Doktor menyatakan bahawa pembedahan ini sangat penting kerana penyakit kanser yang dihadapinya baru sampai ke peringkat tahap satu. Peluang untuk sembuh sangat tinggi melalui pembedahan doktor tersebut.

Semasa keputusan ujian tisu yang dimaklumkan bahawa disahkan adanya kanser di tahap satu, doktor pakar tersebut telah memberi gambaran kepada kami tentang kebanyakkan guru yang mengalami penyakit ini enggan menjalani pembedahan secara moden. Mereka ini mahu mengubati penyakit kansernya secara tradisional atau berubat kampung. Menurut doktor tersebut, walaupun peluang untuk sembuh sangat baik melalui pembedahan tetapi mereka enggan dan akhirnya apabila penyakit itu merebak ke tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi barulah dibawa ke perubatan moden.

Ahad, 13 Mei 2012

BERSIH3.0: Surat daripada seorang guru kepada pengetua

Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu.  Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu.  Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi?  Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula?  Saya berdolak-dalih.  Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan.  Anda tidak mendesak lagi.  Namun saya telah merancang dalam hati saya.  Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.

Selasa, 1 Mei 2012

GAJI GURU NAIK 2012...

 Ada yang pertikai...
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Khamis, 19 April 2012

Nasib guru, polis berbeza di bawah BN

Harakahdaily, 20 Apr 2012
KUALA LUMPUR: Kelab Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) menyokong penuh usaha yang akan dilakukan oleh Bersih 3.0 untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran ‘Duduk & Bantah’ di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Pengerusinya, Dr Ghazali Hasbullah berkata, salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 3.0 adalah mengukuhkan institusi awam.

Tambahnya, tidak dinafikan bahawa para penjawat awam dan institusi awam adalah nadi kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya jatuh bangunnya penjawat awam dan institusi tersebut boleh mencerminkan kemajuan dan kestabilan sesebuah negara.

Menurut fakta dari Jabatan Perkhidmatan Awam, penjawat awam kini mencecah 1.4 juta orang.

Dari jumlah tersebut, 42.9 peratus terdiri dari polis dan guru.

Selasa, 3 April 2012

Kandang kambing lebih baik dari sekolah ini!

http://alhusseyn51.blogspot.com, 01 Apr 2012

Sistem Pendidikan Malaysia Lebih Baik Berbanding Negara Maju - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.

Sebelum korang baca seterusnya di sini, sila tengok gambar di bawah ini :

Sk Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah Malaysia

Isnin, 2 April 2012

Pemantauan....

Seminggu saja lagi masa  yang kami ada untuk buat persiapan menanti kehadiran pemantauan dari JPN ke sekolah aku. Jadi banyaklah kerja-kerja yang diarahkan untuk itu. Masing-masing sibuk dengan tugas-tugas yang perlu disiapkan sehingga ada yang tak sempat nak ke bilik air bila kerja dah banyak sangat. Katanya rugi masa pergi ke tandas. Begitulah gigihnya guru-guru bila ada pemantauan nak dibuat.

Tahun lepas, rombongan dari Nazir yang datang. Nampaknya kerap sangat sekolah aku didatangi oleh pemantauan. Nak tau apa sebabnya... kerana sekolah aku dikategorikan sebagai sekolah SPR iaitu sekolah prestasi rendah dalam PMR dan SPM berbanding dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah aku.

Bila mereka datang buat pemantauan, barulah tahu keadaan sebenarnya. Sekolah aku tu adalah sekolah bantuan modal. Jadi kelengkapan pembangunan sekolah memang dalam keadaan uzur dan tak berganti. Kalau nak ganti pun terpaksa cari kewangan sendiri. Sebab tu setiap tahun mesti ada projek PIBG untuk cari dana sekolah untuk beli kerusi meja yang patah, ganti white board yang uzur, mengecat dinding yang dah lusuh, baiki tandas yang sentiasa rosak dan sebagainya. Oleh itu setiap tahun akan adalah program seperti Jogathon, Walkathon, Jogingthon, Basikalthon, Ceriathon dan program thon-thon yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...