Seminggu saja lagi masa yang kami ada untuk buat persiapan menanti kehadiran pemantauan dari JPN ke sekolah aku. Jadi banyaklah kerja-kerja yang diarahkan untuk itu. Masing-masing sibuk dengan tugas-tugas yang perlu disiapkan sehingga ada yang tak sempat nak ke bilik air bila kerja dah banyak sangat. Katanya rugi masa pergi ke tandas. Begitulah gigihnya guru-guru bila ada pemantauan nak dibuat.
Tahun lepas, rombongan dari Nazir yang datang. Nampaknya kerap sangat sekolah aku didatangi oleh pemantauan. Nak tau apa sebabnya... kerana sekolah aku dikategorikan sebagai sekolah SPR iaitu sekolah prestasi rendah dalam PMR dan SPM berbanding dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah aku.
Bila mereka datang buat pemantauan, barulah tahu keadaan sebenarnya. Sekolah aku tu adalah sekolah bantuan modal. Jadi kelengkapan pembangunan sekolah memang dalam keadaan uzur dan tak berganti. Kalau nak ganti pun terpaksa cari kewangan sendiri. Sebab tu setiap tahun mesti ada projek PIBG untuk cari dana sekolah untuk beli kerusi meja yang patah, ganti white board yang uzur, mengecat dinding yang dah lusuh, baiki tandas yang sentiasa rosak dan sebagainya. Oleh itu setiap tahun akan adalah program seperti Jogathon, Walkathon, Jogingthon, Basikalthon, Ceriathon dan program thon-thon yang lain.