Selamat Datang

Ahad, 3 Jun 2012

Pembedahan isteriku...

Hari ini isteriku akan menjalani pembedahannya. Doktor menyatakan bahawa pembedahan ini sangat penting kerana penyakit kanser yang dihadapinya baru sampai ke peringkat tahap satu. Peluang untuk sembuh sangat tinggi melalui pembedahan doktor tersebut.

Semasa keputusan ujian tisu yang dimaklumkan bahawa disahkan adanya kanser di tahap satu, doktor pakar tersebut telah memberi gambaran kepada kami tentang kebanyakkan guru yang mengalami penyakit ini enggan menjalani pembedahan secara moden. Mereka ini mahu mengubati penyakit kansernya secara tradisional atau berubat kampung. Menurut doktor tersebut, walaupun peluang untuk sembuh sangat baik melalui pembedahan tetapi mereka enggan dan akhirnya apabila penyakit itu merebak ke tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi barulah dibawa ke perubatan moden.


Doktor tersebut merasa ganjil dengan sikap yang ada kepada guru-guru yang dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi. Kalau orang kampung tak dapat menerima nasihat doktor pakar seperti ini tidaklah pelik kerana asas pendidikan mereka yang agak rendah. Kebanyakkan yang mendapat penyakit kanser ini adalah dikalangan guru-guru. Rata-rata yang datang menjalani rawatan tersebut ialah guru.

Apakah bebanan kerja yang tinggi dan tekanan yang berterusan menyebabkan ramai dikalangan guru terutamanya wanita yang mendapat penyakit tersebut. Ia masih lagi di peringkat kajian oleh pakar perubatan. Namun begitu di dapati hampir 70 peratus pesakit yang mendapat kanser payu dara adalah di kalangan guru-guru.

Aku berdoa semoga pemebdahan isteriku berjalan lancar dan selamat hendaknya. Amin...

Oleh itu diharapkan agar guru-guru wanita supaya dapat menjaga kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan mereka. Kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan suasana yang menyeronokan. Jangan sampai timbul stress semasa bekerja. Barangkali inilah di antara punca-punca penyakit tersebut kata doktor pakar tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...