Selamat Datang

Rabu, 16 November 2011

Saat-saat akhir sebelum cuti....

Tinggal dua hari saja lagi sekolah akan bercuti. Semua cikgu-cikgu masing-masing sibuk dengan kerja-kerja yang nak diselesaikan. Semua peperiksaan telah selesai, jadi masing-masing sibuk menanda kertas, ada yang dah siap menanda kena masukkan markah dalam SAP dan SAPS. Kerj-kerja lain juga mesti selesai sebelum cuti. Sijil-sijil nak kena cetak. Buku kehadiran nak kena siapkan dan kemaskini. Begitu juga dengan kad-kad laporan pelajar, Sijil Pentaksiran Berasaskan sekolah, Sijil Berhenti dan surat akuan, Ujian SEGAK dan sebagainya mesti siap sebelum cuti.


Sementara itu, ada cikgu-cikgu yang kena bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan SPM,  yang dah mula minggu ini. Selalunya peperiksaan SPM lepas cuti baru mula, tapi tahun ni sebelum cuti dah mula sebab cuti agak lewat pada tahun ini. Jadi ramai guru-guru tak ada disekolah sedangkan pelajar-pelajar masih bersekolah lagi. Jadi kenalah guru-guru disekolah ni relief bagi guru yang tak hadir untuk kawal murid-murid di bilik darjah. Kalau tidak takut jadi perkara yang tak diingini seperti pergaduhan dan sebagainya bila guru tidak ada di dalam kelas.

Dua hari lepas di daerah ku, guru-guru yang dilantik sebagai petugas SPR dipanggil untuk berkursus selama dua hari. Ramailah pula yang terpaksa meninggalkan sekolah untuk dua hari kursus itu. Jadi bertambah-tambahlah bilangan guru yang tiada di sekolah. Bolehlah diramal keadaan sekolah apabila kurang guru. Namun semuanya berjalan seperti biasa dengan kawalan yang baik oleh guru-guru yang ada. Apa yang aku musykil ialah mengapa kursus itu tidak dibuat semasa cuti sekolah?

Hari ini pula sibuk dengan satu lagi beban tugas guru iaitu memberi wang RM 100 kepada ibu bapa pelajar. Hairan sungguh aku, dahlah tugas dan kerja guru banyak nak diselesaikan sebelum cuti ni. Ditambah pula dengan nak kena bagi duit pada ibu-bapa. Kenapa tak bagi masa buka sekolah ke atau sebelum buka sekolah ke? Kenalah fikir sikit hal ni. Guru-guru bukan duduk saja kat sekolah. Masing-masing sibuk nak selesaikan kerja sebelum tutup sekolah ni. Menteri dan orang atasan kena fikir betul-betul.

Tak boleh tangguh ke pemberian tu waktu masa lain. Orang tengah sibuk ni... Ataupun sebab pilihanraya memang dah dekat. Kalau macam tu nampak sangat pemberian tu sebagai rasuah kepada rakyat terutama kepada ibu bapa supaya menyokong pemerintah yang ada sekarang ni...Ada ibu bapa yang sebut depa bagi kita ambil ...apa nak susah... esok undi kita dah ada pilihan.....Yang aku hairan tu, sebelum bagi wang tersebut perlu ada gimik perasmian oleh wakil pemerintah di semua sekolah dalam daerah aku ni....Jadi ada wakil pemerintah samada YB atau wakilnya datang ke sekolah bertemu ibu-bapa baru boleh bagi wang tu.... nampak sangat kempen dah bermula sebelum pilihanraya ni....

Apa-apa pun yang penting rakyat dapat habuan. Soal nak kekalkan atau tidak pemerintah yang ada, sebenarnya dah banyak spekulasi tentang tu.. Masing-masing tunggu masa sahaja dan dari apa yang aku lihat nampaknya perjalanan pembangkang ke Putrajaya makin hampir...... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...