Selamat Datang

Sabtu, 5 November 2011

Program Pecutan Akhir....

Hari ini sekoah aku masih lagi mengadakan kelas tambahan kepada pelajar-pelajar SPM walaupun esok kita akan meyambut Hari Raya Aidil Adha. Ada dikalangan anak murid aku yang bertanya, cikgu tak buat persiapan menyambut hari Raya Haji ke?. Aku tanya semula kepada mereka, kenapa mereka berkata demikian? Kata mereka, nampak macam tak nak raya saja sebab masih buat kelas tambahan untuk mereka.

Aku kata kepada mereka bahawa kelas ini wajib sebab diarahkan berbuat demikian. Pentadbir dah arahkan buat kelas tambahan selepas habis peperiksaan percubaan lalu, maka semua kena buatlah. Progam ini disebuat pecutan akhir SPM yang melibatkan semua guru matapelajaran. Jadi disekolah aku setiap hari Sabtu sehingga peperiksaan bermula ada kelas tambahan. Pelajar diminta hadir dengan berpakaian sekolah dan jadual bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Guru yang mengajar matapelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.



Tidak ada cuti hari Sabtulah. Kalau cikgu nak buat persiapan hari raya esok pun kenalah buat selepas kelas tambahan. Yang sedinhnya cikgu yang nak balik kampung pun kenalah tunggu selepas kelas habis. Cuma cuti raya haji ni taklah panjang sebab lepas tu kami ada sambutan hari persaraan pengetua. Mujurlah kebanyakkan guru tak balik kampung terutama yang diluar negeri sebab cuti pendek.

Walau apa pun aku ucapkan syabas kepada cikgu-cikgu yang sanggup berkorban untuk nak murid mereka. Dedikasi yang cikgu-cikgu tunjukkan itu diharap dapat pembalasan yang setimpalnya dari Allah. Nak harap pentadbir maaflah sebab ada di kalangan cikgu yang bertungkus lumus bekerja tapi tak siapa peduli. Walau pun mereka tak mengharapkan sebarang penghargaan tapi sekurang-kurangnya lihatlah sedikit pengorbanan yang diberikan. Ingatlah sumbangan mereka dengan memberikan sedikit penghargaan  atau prihatinlah dengan kebajikan mereka. Akhirnya aku ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya maaf zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...