Selamat Datang

Isnin, 7 November 2011

Persaraan Pengetua....

Esok sambutan hari persaraan Pengetua sekolah aku. hari ni sibuklah persiapan akhir untuk program tu. Kehadiran pelajar seperti biasalah kurang pelajar yang datang. Tambahan pula kelmarin cuti menyambut hari raya Aidiladha. Jadi ramailah yang menyambung cuti hari ni.

Walaupun pengetua  aku sebenarnya kan bersara pada bulan Disember nanti, kami buat majlis di sekolah pada hari esok kerana minggu depan dah bermula peperiksaan SPM tahun 2011. Jadi minggu nilah saja yang ada masa untuk pelajar-pelajar meraikan bersama-sama. Masa dan waktu lain dah tak ada. Cuti sekolah pun akan bermula cuma  dua minggu sahaja.


Persiapan terakhir hari ini dibuat oleh guru-guru dan pelajar yang akan memberi persembahan dan sebagainya, Begitu juga dengan persiapan bahagian hiasan dan jamuan. Cuma aku kesian pada kawan-kawan yang membuat hiasan pentas, dewan dan tempat makan kerana dah siap buat semuanya masih ada yang tak puas hati. Hendak macam-macam tapi peruntukan kewangan kurang. kalau duit dah tak cukup, tak perlulah demand lebih-lebih. guna dan buat apa yang ada. Dalam semua hal mesti ada kos lepas.

Kalau nak cantik, nak hebat dan sebagainya mestilah belanja pun kena besar. Kalau duit sikit, buatlah apa yang patut saja. jangan mengada-ngada pulak. Cikgu dah buat pun kira bersyukurlah. Ada guru yang buat kerja hingga lewat petang. Kenapa tak dihargai kerja mereka? Aku rasa pengetua yang akan bersara punt tak minta dibuat persiapan macam tu,

Sebenarnya aku nampak pengetua aku memanglah seorang yang baik dan bagus dengan kami semua walaupun dia seorang bukan Islam. Banyak perkara yang dia buat di sekolah aku terutama dari segi pembangunan sekolah. walaupun sekolah aku daif tak dapat bantuan kerajaan, tiap-tiap tahun kami masih boleh beli kerusi meja yang rosak, boleh tambah dan luaskan bangunan untuk pejabat, buat bangunan kelas baru, buat dan baiki kerosakan bangunan lama, buat bilik pengawas, naikan taraf surau dan yang terakhir ialah bina bilik koperas sekolah. Dari mana sumber kewangan yang diperolehi oleh  pengetua pun kami tak tahu. Cuma yang kami tau setiap tahun ada program walkthon, ceriathon, paintingthon dan lain-lain.

Hubungan dengan kami pun bagus. Dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Dia sentiasa mempertahankan pekerja bawahannya dan kani amat senang mendapat pengetua semacam dia. Ada kawan-kawan aku yang telah berada di bawah beberapa pengetua sebelum ni mengatakan pengetua kami inilah yang paling sporting sekali. Dia buat kerja mengikut prosedur yang ditetapkan. sesiapa yang berjaya menunjukkan kerja yang cemerlang pasti dihargai tanpa melihat prestasi yang lalu.Ada kawan aku yang pernah bergaduh dengan beliau sebelum ni semasa beliau menjadi PK di sesebuah sekolah. Bila dia bertukar ke sekolah aku, masa tu Pengetua dah ada di sini. kalau ikutkan jangan haraplah nak dapat APC. Walaupun baru tahun pertama disekolah aku dan telah bergaduh sebelum tu dengan pengetua, dia masih dipilih untuk menerima anugerah APC tahun tu kerana prestasi cemerlangnya. Jadi pengetua aku tu bukanlah orang yang pendendam seperti yang terdapat pada setengah-setengah orang lain.

Apa-apa pun aku ucapkan Selamat Bersara kepada beliau dan aku berdoa agar beliau diberi taufik dan hidayah oleh Allah untuk menjadi seorang muslim kerana kelakuan dan akhlaknya sebenarnya hampir menyamai akhlak seorang muslim. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...